Assalamualaikum wbth dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Profesor/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI PINK OCTOBER FUN RUN 2023 PADA 14 OKTOBER 2023
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) melalui Breast Cancer Translational Research Program (BCTRP@IPPT) dengan kerjasama Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) akan menganjurkan beberapa siri forum, pertandingan dan larian bersempena dengan Program Kesedaran Kanser Payudara dan Pink October 2023 bermula bulan Julai sehingga ke kemuncak sambutan pada bulan Oktober 2023.
Susulan itu, pihak penganjur dengan sukacitanya menjemput warga USM dan masyarakat sekitarnya untuk menyertai “Pink October Fun Run 2023” yang akan berlangsung pada ketetapan berikut:
PINK OCTOBER FUN RUN 2023
Tempat : Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB), Kepala Batas, Pulau Pinang
Tarikh : 14 Oktober 2023
Flag-Off : 7.30 pagi
Yuran : RM 35 (t-shirt & medal)
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Profesor/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dimohon untuk imbas kod QR di poster atau gunakan pautan di bawah untuk menyertai larian ini:
https://howei.com/event_details/pinkoctoberfunrun2023
Sekiranya YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Profesor/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan berminat untuk membeli t-shirt sahaja, sila layari https://forms.gle/j7BYgZhobxK9beSQ8 untuk membuat tempahan. Harga t-shirt dewasa dan kanak-kanak adalah RM 32 (tambahan RM 5 untuk saiz 4XL dan ke atas). Pendaftaran untuk larian dan pembelian t-shirt akan ditutup pada 14 September 2023.
Kerjasama dan sokongan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Profesor/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dalam menjayakan larian ria ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
PROF MADYA DR BADRUL HISHAM YAHAYA
Ketua, Breast Cancer Translational Research Program (BCTRP@IPPT)
Pengerusi Jawatankuasa Program Kesedaran Kanser Payudara & Pink October 2023
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT)
Universiti Sains Malaysia, Bertam
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia