Community

CEGAH SEBELUM PARAH: SARINGAN AWAL KANSER PAYUDARA DAN MAMMOGRAM

Published : 19 August 2023

Photo 1
BERTAM, August 19 2023 -

Seminar yang diadakan pada pagi ini telah berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, seminar ini adalah hasil kerjasama Khidmat Komuniti IPPT yang diketuai oleh Dr. Nor Shuhada Murad @ Mansor dan Ustaz Abdul Malik yang mewakili pihak masjid.


Ucapan aluan dan perasmian telah disampaikan oleh Dr. Ida Shazrina Ismail, Timbalan Pengarah Akademik dan Antarabangsa IPPT.


Seminar ini diteruskan dengan sesi bacaan doa oleh Ustaz Mohsin Sirun, Pegawai Hal Ehwal Islam IPPT, dan Nur Shahida Rusli, Jururawat PPUSMB yang juga merupakan moderator bagi seminar pada hari ini.


Seterusnya, seminar terbahagi kepada dua sesi, sesi yang pertama disampaikan oleh Dr. Fitreena Anis Amran dengan penyampaian yang bertajuk Saringan Awal Kanser Payudara dan sesi yang terakhir disampaikan oleh Prof Madya Dr. Khairiah A. Karim yang bertajuk Mammogram.


Seminar adalah merupakan salah satu inisiatif pihak IPPT, USM dan PPUSMB bagi memberi kesedaran terhadap kanser khususnya kepada masyarakat sekitarnya.


Selain itu, pelbagai aktiviti juga diadakan seperti sesi soal jawab, saringan kesihatan, penyampaian cenderahati dan diakhiri dengan sesi fotografi.


Teks: Mahirah Mahirah/Foto: Mahirah Mahyidin


Scroll to Top