Wanita
akan mengalami perubahan dinamik sepanjang tempoh kehamilan, di mana wanita memerlukan
bukan sahaja perhatian dan sokongan moral malah juga sokongan fizikal daripada
orang tersayang. Sokongan moral yang boleh dilakukan adalah dengan memberikan
bayi makanan sihat sejak daripada janin lagi. Ini selaras dengan Matlamat Pembangunan
Mampan (SDG) kedua iaitu Kelaparan Sifar dan yang ketiga iaitu Kesihatan Baik
dan Kesejahteraan. Penekanan pemakanan wanita hamil juga berkaitan dengan Matlamat
Pembangunan Mampan (SDG) kelima dan sepuluh.
Sepanjang
tempoh kehamilan, janin atau fetus bergantung sepenuhnya kepada si ibu untuk mendapatkan
bekalan makanan dan oksigen. Bekalan makanan tersebut samada daripada diet
harian mahupun suplemen harian yang diambil oleh ibu. Proses perkumuhan juga bergantung
pada si ibu melalui organ yang dinamakan tali pusat. Pemakanan ketika hamil
sangat penting bagi memastikan bayi yang dilahirkan sihat dan sempurna dengan
izin Allah. Selain itu, makanan merupakan salah satu aspek budaya yang
mencerminkan cara penggunaan sumber-sumber makanan tempatan, daya cipta, makna
dan penghargaan sesuatu makanan.
Pengambilan
nutrien seperti vitamin B12, asid folik, iodin, kalsium dan ferum perlu diberi
perhatian bukan sahaja ketika hamil malah kesemua nutrien ini perlu
ditingkatkan pengambilannya sebelum kehamilan lagi bagi mengurangkan risiko
melahirkan bayi cacat. Ia juga penting untuk meningkatkan sistem imun ibu dan
bayi yang bakal lahir.
Menurut
Kementerian Kesihatan Malaysia, Pengambilan Nutrien Saranan (RNI) bagi kobalamin
atau vitamin B12 yang memainkan peranan penting dalam metabolism folat adalah
sebanyak 4.5 µg/hari berbanding 4.0 µg/hari bagi wanita yang tidak hamil. Sumber
utama kobalamin adalah daripada haiwan sahaja. Wanita hamil berisiko untuk
mengalami kekurangan folat atau vitamin B9 kerana ketika tempoh kehamilan,
keperluan folat akan meningkat secara signifikan terutama ketika trimester
kedua dan ketiga. Folat memainkan peranan penting dalam proses hematopoiesis dan
pengeluaran sel darah merah. Kekurangan folat sepanjang tempoh kehamilan akan
menyebabkan kecacatan pada saraf tulang belakang bayi yang bakal lahir (NTD). Biasanya
doktor akan memberikan wanita hamil suplemen asid folik kerana pengambilan diet
harian tidak mampu menampung jumlah keperluan harian ibu dan janin.
Kalsium
memainkan peranan sebagai struktur tulang dan gigi manusia. Simpanan kalsium
daripda ibu akan diserap dengan banyak oleh janin terutamanya ketika trimester
kedua dan ketiga bagi pembentukan tulang dan gigi janin itu sendiri. Disebakan
kalsium mudah hilang melalui air kencing, doktor akan memberikan suplemen
kalsium kepada ibu hamil bagi menampung jumlah keperluan harian ibu dan janin. Jumlah
Pengambilan Nutrien Saranan (RNI) bagi kalsium wanita hamil adalah 1000
mg/hari.
Iodin
adalah adalah mineral penting yang diperlukan untuk sintesis hormon tiroid.
Wanita hamil yang berusia 29 tahun perlu mengambil iodin sebanyak 200 µg/hari
berbanding wanita sama usia yang tidak hamil hanya perlu mengambil iodin
sebanyak 105.8 µg/hari. Ini untuk mengelakkan penyakit beguk atau pembesaran di
bahagian leher pada bayi yang bakal lahir. Ibu hamil yang ada beguk berisiko
tinggi untuk melahirkan bayi beguk juga. Untuk memastikan keperluan iodin
harian wanita hamil mencukupi, klinik kesihatan akan membekalkan garam beriodin
kepada wanita hamil yang datang memeriksa kandungannya.
Masalah
yang sering dialami oleh wanita hamil ialah anemia akibat kekurangan
pengambilan ferum dalam diet harian. Data pada 2015 menunjukkan prevalens anemia
di Malaysia adalah sebanyak 29.3% telah dilaporkan dalam National Health and
Morbidity Survey. Ujian makmal yang dilakukan untuk mengesan anemia di kalangan
wanita hamil adalah melalui aras kandungan hemoglobin dalam darah. Jumlah
Pengambilan Nutrien Saranan (RNI) bagi ferum wanita hamil adalah 840 mg sehari.
Abdul
Basith M.A-S. 2009. Cara Makan Rasulullah (S.A.W): Makanan Sihat dan
Berkualiti. Penterjemah: Hamzah, R.A. Al-Hidayah Publications: Kuala Lumpur.
Khairuddin,
M.Y. 2000. Anda Hamil? Panduan lengkap tentang kehamilan dan kelahiran. Times
Books International: Kuala Lumpur.
Ministry
of Health Malaysia. 2017. Recommended Nutrients Intake for Malaysian. National
Coordinating Committee on Food and Nutrition (NCCFN), Ministry of Health
Malaysia.
Institute
of Public Health. 2015. National Health and Morbidity Survey 2015 (Vol. 2). Ministry
of Health Malaysia.