
En. Ashok Kamal Arafat memberikan beberapa produk baru daripada Koperasi Kakitangan Bernas Berhad kepada Prof. Madya Dr. Rabeta Mohd Salleh
Pada 7 Julai 2025 Prof. Madya Dr. Rabeta Mohd Salleh telah berkunjung ke Koperasi Kakitangan Bernas Berhad di Kuala Selangor. Satu persetujuan kerjasama secara lisan telah dicapai antara beliau dan Pengurus Besar Koperasi Kakitangan Bernas Berhad, En. Ashok Kamal Arafat, serta disaksikan oleh En. Muhammad Azim Zabmir selaku Eksekutif Pemasaran, bagi menjalin kerjasama dalam penyelidikan berkaitan produk beras. Geran pertama yang akan kami usahakan bersama ialah geran PRIME, yang terbuka kepada para penyelidik yang telah menyelesaikan penyelidikan fundamental dan mempunyai perancangan untuk memindahkan pengetahuan serta pembangunan teknologi kepada industri melalui kerjasama strategik. Seterusnya, pihak syarikat turut bersetuju untuk mengeluarkan Surat Hasrat (Letter of Intent) kepada Prof. Madya Dr. Rabeta Mohd Salleh bagi menyokong permohonan Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) daripada Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).