Announcement

Jemputan Ke Majlis Pecah Tanah Pusat Komuniti IPPT

Published : 20 July 2022

Poster Pecah Tanah
BERTAM, July 20 2022 -

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

 

MAJLIS PECAH TANAH PUSAT KOMUNITI IPPT

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa salah satu projek pembangunan tanah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) selaras dengan inisiatif transformasi IPPT adalah cadangan pembinaan sebuah Pusat Komuniti IPPT yang mempunyai beberapa kemudahan iaitu sebuah surau, tadika, bilik pengurusan jenazah dan rumah tetamu untuk kebajikan warga IPPT, warga USM, pesakit dan waris serta komuniti setempat tidak mengira bangsa dan agama. 

3.         Majlis pelancaran tabung wakaf Pusat Komuniti IPPT ini telah dilancarkan pada 26 Mac 2022 yang lalu.  Beberapa proses telah dijalankan termasuklah permohonan meletakkan projek ini di bawah Jawatankuasa Wakaf Pengajian Tinggi USM dan Wakaf Pulau Pinang.  Selain itu, Jawatankuasa Projek Wakaf Pusat Komuniti IPPT juga telah mempelbagaikan kaedah kutipan dana iaitu melalui kaedah wakaf, zakat, potongan gaji dan lain-lain lagi.

4.         Sehubungan itu, sukacita YBhg. Dato’/Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan dijemput ke Majlis Pecah Tanah Pusat Komuniti IPPT yang akan dilangsungkan pada ketetapan berikut:-

Tarikh 

:

22 Julai 2022 (Jumaat)

Masa

:

3:00 petang

Tempat

:

Tapak Projek Pusat Komuniti IPPT  

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT)

Universiti Sains Malaysia

Kepala Batas, Pulau Pinang




5.         Semoga kehadiran YBhg. Dato’/Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan akan memeriahkan lagi majlis ini.

Sekian, terima kasih.

 

 

URUS SETIA JEMPUTAN

Majlis Pecah Tanah Pusat Komuniti IPPT

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju

Universiti Sains Malaysia

Scroll to Top