Community

PROGRAM MOBILE COMMUNITY SERVICES: EVERYBODY CAN DO IT DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEKULA JAYA SG PETANI KEDAH

Published : 27 August 2024

Sesi Taklimat dan penerangan ringkas tentang pertolongan cemas
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEKULA JAYA SG PETANI KEDAH, August 22 2024 -

Mengetahui dan memahami ilmu pertolongan cemas di sekolah adalah sangat penting kerana pelajar-pelajar di sekolah seringkali terlibat dengan aktiviti fizikal yang boleh menyebabkan kecederaan. Rawatan kecemasan atau pertolongan cemas merupakan satu bentuk bantuan kesihatan yang diberikan kepada mangsa dengan keadaan segera.Rawatan akan diberikan oleh orang yang berhampiran dengan mangsa sebelum rawatan selanjutnya diberikan oleh pasukan perubatan.  Rawatan dan bantuan awal dapat menyelamatkan nyawa. Demi mewujudkan masyarakat Malaysia yang peka dan celik tentang pertolongan cemas pendedahan dan pengajaran haruslah bermula di peringkat awal iaitu di peringkat sekolah.

Photo By Siti Fatimah Shari
Sesi Taklimat dan penerangan ringkas tentang pertolongan cemas


Sehubungan dengan itu, pihak Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB) dengan kerjasama pihak sekolah telah mengadakan Program Mobile Community Services: Everybody Can Do It" di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula Jaya, Sungai Petani Kedah. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang kepentingan rawatan pertolongan cemas dan mendidik warga sekolah dalam memberi bantuan awal sekiranya berlakunya kecemasan, disamping dapat menyampaikan maklumat tentang cara mengelakan kecederaan.

Program ini diwakili oleh 14 orang sukarelawan  perubatan dari PPUSMB yang diketuai oleh Dr Rohayu Hami selaku penyelaras program. Program ini berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula Jaya dan dihadiri seramai 125 orang pelajar tingkatan 2 serta 5 orang guru. Aktiviti yang dijalankan pada program tersebut adalah Ceramah Pengenalan  tentang Asas dan Pertolongan cemas. Ceramah ini disampaikan oleh Encik Ahmad Shakry Saidon selaku Jururawat Terlatih di Unit Kecemasan PPUSMB.Sesi demostrasi Basic Life Support juga ditunjukkan. Selain itu, aktiviti dan permainan berstesen juga  dilakukan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu pertolongan cemas dan kepentingan mengaplikasikan rawatan kecemasan.  

Photo By Siti Fatimah Shari
Gambar bersama pelajar dan Guru-guru Sek Men Keb Pekula Jaya

Program ini sangat berguna dan telah mendapat sambutan yang baik dan mengalakkan. Program ini dapat mengajar warga sekolah tentang rawatan pertolongan cemas, memberi kesedaran tentang kepentingan rawatan kecemasan, memberi motivasi kepada mereka untuk mempelajarinya serta mengaplikasikannya pada masa hadapan serta merapatkan hubungan antara warga sekolah selaras dengan visi dan misi program ini.Pihak PPUSMB merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada barisan pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula Jaya bagi menjayakan program ini.


Photo By Siti Fatimah Shari
Suasana program yang dijalankan


SDG 3 - Ensure healthy lives and promote well-being for all at all ages
SDG 4 - Ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong learning opportunities for all
SDG 17 - Strengthen the means of implementation and revitalize the Global Partnership for Sustainable Development
Scroll to Top