Community

Pengarah IPPT/PPUSMB Santuni Para Pesakit Paliatif

Published : 16 July 2024

LAWATAN PESAKIT PALIATIF 2024
Kepala Batas, Pulau Pinang, June 28 2024 -



KEPALA BATAS, PULAU PINANG, 28 Jun 2024 - Pengarah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dan Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB), Profesor Dato’ Ir. Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, FASc. hari ini meluangkan masa menyantuni para pesakit daripada Unit Paliatif PPUSMB dengan melakukan lawatan ke rumah pesakit bersama warga staf IPPT/PPUSMB.

Photo By NORIZAN ISHAK
Lawatan Pesakit Paliatif 2024


Matlamat utama lawatan ke rumah pesakit paliatif adalah bertujuan untuk memberikan perawatan simptom, penilaian aspek psikososial, bantuan praktikal dan membantu pesakit yang mempunyai masalah logistik di mana ia memfokuskan kepada pesakit yang sudah terlantar dan sukar untuk bergerak keluar.

Perkhidmatan lawatan ke rumah pesakit paliatif telah bermula sejak lebih 10 tahun serta lebih berkembang sejak penjenamaan semula PPUSMB pada tahun 2022 dan susulan penambahan jururawat daripada Majlis Penandatangan Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) pada 21 Ogos 2023. Sejajar dengan perkembangan perkhidmatan, Unit Paliatif PPUSMB menawarkan perkhidmatan lawatan ke rumah pesakit paliatif kepada tiga hari lawatan setiap minggu, demi menampung jumlah pesakit paliatif yang bertambah bermula Julai 2024.

Lawatan bersama pengarah ini melibatkan empat buah rumah pesakit, yang kebanyakannya terdiri daripada pesakit-pesakit kanser dan juga seorang pesakit kronik yang sudah terlantar di rumah. Sumbangan turut diberikan kepada para pesakit dan ahli keluarga yang dinamakan ‘Kit Maidah Rahman’, terdiri daripada barang-barang keperluan asas harian. Sumbangan itu disampaikan sendiri oleh Profesor Dato’ Ir. Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, FASc selaku Pengarah di IPPT/PPUSMB.

Photo By NORIZAN ISHAK
Lawatan Pesakit Paliatif 2024


Hadir sama adalah Dr. Siti Khairizan Rahim, Ketua Penyelaras Unit Paliatif; Profesor Madya Dr. Hasni Arsad, Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Jaringan); Prof. Madya Dr. Noor Khairiah A. Karim, Timbalan Pengarah (Klinikal, Kelestarian & Piawaian); Dr. Fitreena Anis Amran, Ketua Perkhidmatan Perubatan, Pensyarah Perubatan/Pakar Bedah Am; Dr. Mohamad Zulfadhli Abdullah, Pegawai Perubatan; Jururawat terlatih PPUSMB, SN Norjalilah Umar; Jururawat MAKNA, SN Noor Syamsyela Shamsudin, serta Kakitangan Pengurusan IPPT/PPUSMB.

 

Teks:  Nur Aqilah Tajul Ashikin
Disunting oleh: Dr. Mohamad Zulfadhli Abdullah dan Dr. Siti Khairizan Rahim
Foto: Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia

28 Jun 2024



SDG 1 - End poverty in all its forms everywhere
SDG 3 - Ensure healthy lives and promote well-being for all at all ages
Scroll to Top