Collaboration

International Multidisciplinary Service Community (IMSC) Program 2025 (Bahagian 2) - Syarahan Jemputan di Fakulti Teknologi Pertanian, Universitas Andalas (UNAND)

Published : 23 June 2025

Pensyarah dan sekretariat dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universitas Andalas (UNAND), dan Assosiasi Dosen Pengabdian Kepada Masyarakat Indonesia (ADPI) yang terlibat dalam syarahan jemputan. Dari kiri: Dr Nurhuda Mohamad Ansor (IPPT), Dr Nurul Shahfiza Noor (IPPT), Dr Nik Nur Syazni Nik Mohamed Kamal (IPPT), Ibu Yosa Novia Dewi (ADPI), Prof. Dr. Ir. Fauzan Azima (UNAND), Dr. Ir. Aisman (UNAND), Ibu Santiana S.S. (Univesitas Siliwangi), Dr Sharlina Mohamad (IPPT), Dr Nor Adlin Md Yusoff (IPPT), ibu Yulya Srinovita (ADPI)
FAKULTI TEKNOLOGI PERTANIAN, UNIVERSITAS ANDALAS, PADANG, SUMATERA BARAT, INDONESIA, June 23 2025 -

Program IMSC2025 pada hari pertama diteruskan dengan perkongsian ilmu melalui sesi syarahan jemputan dengan kerjasama Fakulti Teknologi Pertanian, Universitas Andalas. Dua pensyarah dari Jabatan Toksikologi, IPPT iaitu Dr. Nik Nur Syazni Nik Mohamed Kamal dan Dr. Sharlina Binti Mohamed telah dijemput untuk menyampaikan syarahan ilmiah kepada warga akademik UNAND. Ketibaan para peserta program IMSC disambut mesra oleh Prof. Dr. Ir. Fauzan Azima dari Departemen Teknologi Pangan dan Hasil Pertanian, Fakulti Teknologi Pertanian (FATETA), Universitas Andalas. Sesi tersebut berlangsung di The Gade Creative Lounge, Perpustakaan UNAND. Sesi selama 2 jam itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar pascasiswazah dan barisan pensyarah.

Photo By Yulya Srinovita, Sekretariat ADPI
Dr Nik Nur Syazni Nik Mohamed Kamal berkongsi kepakaran beliau melalui syarahan bertajuk “Toxic at the Core: Cellular and Molecular Mechanisms Shaping Safety Profiles”



Sesi dimulakan dengan syarahan oleh Dr. Nik Nur Syazni bertajuk “Toxic at the Core: Cellular and Molecular Mechanisms Shaping Safety Profiles”. Perkongsian ini mengupas secara mendalam mekanisme toksikologi di peringkat sel dan molekul yang menjadi asas dalam penilaian keselamatan bahan kimia dan ubat-ubatan. Beliau turut berkongsi dapatan terkini penyelidikan beliau berkaitan potensi antikanser propolis. Syarahan kedua disampaikan oleh Dr. Sharlina bertajuk “The Potential and Prospects of Natural Products for Health”. Syarahan ini memperkayakan pengetahuan peserta dalam bidang produk semula jadi dan toksikologi, serta membuka ruang perbincangan kritikal mengenai cabaran dalam penyelidikan bahan semula jadi, termasuk isu-isu keselamatan dan penyeragaman kualiti sebatian bioaktif. Dr. Sharlina turut berkongsi penemuan terkini penyelidikan beliau berkaitan vitamin E dan kaitannya dengan kesihatan tulang.

Photo By Yulya Srinovita, Sekretariat ADPI
Dr Shalina Mohamad menyampaikan syarahan bertajuk “The Potential and Prospects of Natural Products for Health”



Sesi syarahan jemputan ini diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan narasumber kepada pensyarah terlibat oleh Dr. Ir. Aisman, M.Si, Lektor Kepala dari Fakulti Teknologi Pertanian, Universitas Andalas. Sesi ini bukan sahaja menjadi platform perkongsian ilmu antara pensyarah dan pelajar dari kedua-dua institusi, malah turut membuka ruang kerjasama yang lebih luas dalam bidang akademik, penyelidikan dan khidmat komuniti pada masa hadapan.

Photo By Yulya Srinovita, Sekretariat ADPI
Suasana di The Gade Creative Lounge, Perpustakaan UNAND sebelum syarahan jemputan berlangsung




#IMSC2025 #IPPTGlobalOutreach #USMInternational #KnowledgeSharing 

Scroll to Top