UNIT FARMASI ONKOLOGI, UNIT FARMASI PUSAT PERUBATAN USM BERTAM, February 8 2023 -
Operasi Arkib atau ringkasnya Ops Arkib merupakan sebuah aktiviti kelestarian tahunan Unit Farmasi Onkologi, Pusat Perubatan USM Bertam. Aktiviti ini dimulakan oleh En Mohamad Firdaus bin Harun, Penolong Pegawai Farmasi ketika mula bertugas di unit ini sekitar tahun 2020 di mana beliau mendapati ruang penyimpanan fail pesakit kemoterapi telah sesak dan sukar untuk dicapai.
Gambar : Semakan Fail Pesakit terdahulu dan semasa yang dilakukan oleh Syahir dan Naimah di Ruang Penyimpanan Fail Pesakit.
Photo by MOFIRHA
Atas permasalahan itu, beliau melancarkan Operasi Arkib yang pertama bersama Cik Nurhayati binti Zubir, Penolong Pegawai Farmasi dengan melakukan pengumpulan dan penyisihan kesemua fail pesakit kemoterapi dari tahun 2012 sehingga 2019. Hasilnya amat memberangsangkan apabila hampir 600 fail pesakit kemoterapi berjaya diasingkan dan boleh diguna semula untuk tahun-tahun berikutnya. Selain itu, segala data rawatan pesakit terdahulu berjaya disimpan dengan selamat dan diasingkan dari ruang penyimpanan fail pesakit semasa untuk capaian lebih mudah manakala kertas yang boleh diguna semula berjaya dikumpulkan hampir 4 rim.
Gambar : Fail Pesakit Kemoterapi yang berjaya dikumpulkan untuk diguna semula.
Photo by MOFIRHA
Pada tahun 2023, Ops Arkib ini diteruskan buat kali ketiga sekitar bulan Februari yang lalu. Staf yang terlibat dalam aktiviti ini adalah En Ahmad Syahir Ezzudin bin Ramli, Penolong Pegawai Farmasi dan Nurul Naimah binti Zunyazan, Penolong Pegawai Farmasi serta dikawalselia oleh En Mohamad Firdaus bin Harun. 200 fail pesakit dan hampir 2 rim kertas berjaya diasingkan dan digunasemula. Impak yang diharapkan dari aktiviti ini telah berjaya direalisasikan apabila unit ini tidak lagi perlu memesan fail baru untuk menyediakan fail pesakit semenjak operasi ini bermula.
Gambar : Data Pesakit dan Kertas Kerja Makmal yang berjaya diasingkan dan dikumpulkan mengikut tahun untuk disimpan sebagai arkib dengan selamat.
Photo by MOFIRHA
SDG 12 - Ensure sustainable consumption and production patterns