Announcement

Hebahan Teka-Silangkata, Sempena Karnival IPPT Bersama Komuniti 2022

Published : 18 March 2022

POSTER TEKA SILANG KATA
BERTAM, March 18 2022 -

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Tuan/Puan,

HEBAHAN: KARNIVAL IPPT USM BERSAMA KOMUNITI

 –  Pertandingan Teka Silangkata

 

Dengan segala hormatnya dan sukacitanya perkara diatas adalah dirujuk

 

Bersempena Hari Karnival IPPT USM Bersama Komuniti, pihak penganjur akan mengadakan Pertandingan Teka Silangkata pada butiran seperti berikut

 

Tarikh : 27 Mac 2022 (Ahad)

Masa  : 9.30 pagi – 11.30 pagi

Tempat : Ruang legar, Kompleks Klinikal, Insititut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM

                 Walk in (Pendaftaran adalah percuma)

 

Objektif pertandingan

•             Menguji pengetahuan am berkaitan IPPT dan USM

•             Meningkatkan penguasaan Bahasa Kebangsaan serta menggalakkan penggunaan bahasa

               yang betul

 

Hadiah Menarik Menanti Anda

 

Peraturan

                    Penyertaan terbuka kepada semua (Kategori staff USM dan kategori Bukan Staff USM)

                    Peserta perlu berdaftar untuk mendapatkan borang teka-silangkata di kaunter urusetia pendaftaran teka silangkata bermula jam 9.30 pagi.

                    Tiada yuran penyertaan dikenakan. Alat tulis tidak disediakan.

                    Peserta dikehendaki menjawab teka silangkata menggunakan petunjuk  yang dinyatakan.

                    Jawapan perlu diisi dengan jelas menggunakan PEN dan menggunakan HURUF BESAR

                    Hanya SATU (1) penyertaan sahaja bagi setiap peserta

                    Borang teka-silangkata yang telah lengkap perlu dihantar ke kaunter urusetia sebelum jam 11.30 pagi. Pihak urusetia pertandingan berhak untuk menolak penyertaan selepas masa yang telah ditetapkan.

                    Penjurian akan dilaksanakan oleh pihak urusetia. Keputusan pengadil adalah muktamad

                    Peserta yang berjaya menyelesaikan keseluruhan teka-silangkata dengan tepat akan terpilih untuk aktiviti cabutan bertuah bagi mendapatkan hadiah menarik yang disediakan.

 

Sekian, terima kasih

Scroll to Top