Achievement

CPEP SIRI 4/2023 : Pengurusan Pelupusan Sisa (TOKSIK)

Published : 10 August 2023

Webinar CPEP Siri 4/2023.
UNIT FARMASI ONKOLOGI, UNIT FARMASI PUSAT PERUBATAN USM BERTAM, July 26 2023 -
Jawatankuasa CPEP (Continuous Pharmacy Education Programme), Unit Farmasi Pusat Perubatan USM Bertam telah berjaya menganjurkan webinar bertajuk Pengurusan Pelupusan Sisa (Toksik) yang disampaikan oleh En. Mohamad Firdaus bin Harun, Pegawai Kelestarian Universiti dari Unit Farmasi, Pusat Perubatan USM Bertam pada 26 Julai 2023 yang lalu melalui aplikasi Webex.



Tujuan webinar ini dianjurkan adalah untuk memberikan pendedahan tentang sisa toksik serta peraturan yang berkaitan, prosedur piawai dalam pengurusan pelupusan sisa toksik dan menjelaskan peranan yang boleh dimainkan oleh petugas kesihatan dalam menguruskan pelupusan sisa toksik dengan betul. Selain itu, webinar ini juga menjelaskan bahawa pengurusan pelupusan sisa toksik ini berkaitrapat dengan hasrat universiti dalam memperkasakan amalan kelestarian seperti yang telah dinyatakan dalam Buku Panduan Pejabat Hijau & Desasiswa Hijau USM, Modul B - Pengurusan Sisa (No.3 Galakkan pelupusan yang bertanggungjawab: Mendidik pekerja tenatng cara membuang sisa berbahaya dan sisa elektronik secara bertanggungjawab).




Webinar ini telah disertai seramai 60 orang dari seluruh kampus USM dan impak yang diharapkan adalah untuk mengelakkan kecuaian semasa proses pelupusan sisa toksik supaya ianya tidak mengancam keselamatan dan kesihatan individu serta alam sekitar.




SDG 3 - Ensure healthy lives and promote well-being for all at all ages
SDG 12 - Ensure sustainable consumption and production patterns
Scroll to Top