Collaboration

Lawatan Kerja Delegasi Institut Kejuteraan Nano Elektronik, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)

Published : 20 December 2022

Lawatan Kerja Delegasi Institut Kejuteraan Nano Elektronik, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) Ke Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT)
BERTAM, December 20 2022 -

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia hari ini menerima kunjungan lawatan kerja delegasi Institut Kejuruteraan Nano Elektronik, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).  


Hasil daripada perbincangan bersama ini, pihak UNIMAP berminat untuk berkolaborasi bersama IPPT dalam bidang molekular biologi dan biomarker.


Antara delegasi UNIMAP yang hadir dalam lawatan kerja ini adalah Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Mahyidin Ramli, Pengarah Institut Kejuruteraan Nano Elektronik, Prof. Ts. Dr. Uda, Hashim, Felo Penyelidikan dan Dr. Mohamad Faris Mohamad Fathil, Pengerusi Program Siswazah.  


Pihak IPPT dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Hasni Arsad, Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Jaringan), Prof. Madya Dr. Badrul Hisham Yahaya, Ketua Program Penyelidikan, Prof. Madya Dr. Fatanah Mohamad Suhaimi, Ketua Seksyen Inovasi dan Jaringan serta Dr. Rafeezul Mohamed.



Teks : Naziroh Shafii




Scroll to Top