Achievement

Makmal Diagnostik Klinikal (CDL) Anjurkan Hari Terbuka CDL di Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB)

Published : 11 June 2023

Poster hebahan program Hari Terbuka CDL
MAKMAL DIAGNOSTIK KLINIKAL, June 9 2023 -

MAKMAL DIAGNOSTIK KLINIKAL (CDL) telah menganjurkan satu program khas untuk para staf di PPUSMB iaitu Hari Terbuka CDL pada 9 Jun 2023 yang lalu. Mereka telah dijemput untuk melawat dan meninjau proses-proses kerja yang dijalankan di tujuh unit di CDL iaitu di Unit Mikrobiologi, Unit Histopatologi & Sitologi, Unit Genetik, Unit Integrasi (Hematologi dan Patologi Kimia), Unit Transfusi Darah dan Unit Imunologi. Ketika sesi lawatan, para pelawat telah berpeluang untuk mendengar penerangan dan bertanya tentang ujian-ujian yang dijalankan di setiap unit.

Objektif utama program ini ialah memberikan pendedahan kepada pihak pengurusan dan para pelanggan (klinik-klinik dan wad) mengenai skop kerja di setiap unit, ujian-ujian yang ditawarkan serta peralatan makmal yang berteknologi tinggi. Selain itu, ia juga bertujuan untuk penambahbaikan proses pre-analitikal, terutamanya untuk mengurangkan kadar penolakan sampel yang diterima.

Seramai hampir seratus pelawat telah hadir dan memeriahkan program ini. Turut hadir ialah Pengarah PPUSMB, YM Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin dan Timbalan Pengarah Klinikal, Kelestarian & Piawaian, Dr. Noor Khairiah binti A.Karim.

Program diakhiri dengan jamuan ringan. Sudut photobooth turut disediakan bagi para tetamu yang berminat untuk bergambar.

CDL bersyukur kerana berjaya mengadakan program ini dan berharap agar kerjasama bersama unit-unit lain di PPUSMB semakin hebat dan CDL dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan efektif selepas ini. CDL juga beriltizam untuk melebarkan perkhidmatan klinikal di institusi luar dan membantu perkembangan PPUSMB di mata dunia. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.


Scroll to Top