Tuan/Puan,
HEBAHAN: KARNIVAL IPPT USM BERSAMA KOMUNITI
– PERTANDINGAN MEWARNA
– AKTIVITI KANAK-KANAK
Dengan segala hormat dan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Bersempena Hari Karnival IPPT USM Bersama Komuniti Unit Pediatrik akan menganjurkan Pertandingan Mewarna dan Aktivit Kanak- Kanak pada butiran seperti berikut:-
Tarikh: 26 March 2022 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi – 1.00 Petang (Pendaftaran melalui QR Code dan Link yang disediakan)
Tempat:Kompleks Klinikal Institut Perubatan dan Pergigian USM
3. Kategori Pertandingan Mewarna adalah seperti berikut:-
– Kategori A ( 5 – 6 Tahun)
– Kategori B (7 – 8 Tahun)
4. Kategori Aktiviti Kanak- kanak adalah seperti berikut:
- Lontaran Manja ( 4 -6 Tahun)
- Pancing -Pancing Sayang ( 7 – 12 Tahun )
- Snake Ladder ( 8 – 10 Tahun )
5. Pertandingan mewarna dan Aktiviti Kanak-Kanak dianjurkan bertujuan meningkatkan daya kreatif Dan Inovasi serta memupuk semangat muhibbah ,setiakawan ,bekerjasama dan bertolak ansur dengan rakan sebaya dan masyarakat.Penyertaan pertandingan dan Aktiviti kanak -kanak adalah percuma. Pelbagai hadiah menarik disediakan. Door Gift setiap peserta akan diberi.
6. Pendaftaran boleh dilakukan dengan hanya Scan QR Code di Flyers atau di link dibawah:
https://forms.gle/qvJBGBTEoA93DTK89
7. Sebarang Pertanyaan mengenai Pendaftaran Pertandingan Mewarna dan Aktiviti Kanak-Kanak boleh menghubungi Puan Amirah Nurul Firdaus (013-2663966 /amirahnf@usm.my) dan Puan Nur Atiqah (013-4882668 /natiqah@usm.my).
8 .Daftar penyertaan pada atau sebelum 23 March 2022 . Tempat adalah terhad.
Sekian, Terima kasih.