Achievement

IPPT & PPUSMB RAIH TEMPAT KE-4 KESELURUHAN PUNGUTAN PINGAT DALAM SUKJAP 2024

Published : 11 June 2024

SUKJAP 2024
USM INDUK PULAU PINANG, June 11 2024 -

USM PULAU PINANG, 11 Jun 2024 - Kontinjen dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dan Pusat Perubatan USM Bertam (Zon 10) berjaya menempatkan diri dalam kumpulan lima teratas apabila berjaya meraih tempat ke-4 keseluruhan 10 zon yang bertanding dalam Sukan Antara Jabatan/Pusat Pengajian (SUKJAP). Tahun 2024 melakar sejarah apabila pasukan Bola Tampar kategori lelaki IPPT/PPUSMB berjaya merangkul tempat pertama tahun ini.
Bukan itu sahaja, pasukan Bola Jaring dan Boling yang mewakili IPPT/PPUSMB mendapat pingat Perak, manakala pingat Gangsa pula berjaya dirangkul oleh pasukan Bola Tampar kategori wanita dan pasukan pingpong kontinjen IPPT/PPUSMB.
Kejohanan SUKJAP ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada semua Jabatan mahupun Pusat Pengajian iaitu dengan penglibatan sebanyak 10 kontinjen. Jutaan terima kasih kepada semua terutamanya kepada Tuan Pengarah Ybhg Prof. Dato’ Dr Ir Faisal Rafiq Mahamd Adikan, Fasc atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada kontinjen IPPT/PPUSMB.

                                                                                             

                                                                                                                                                Photo By MOHAMAD FIRDAUS HARUN
                                                                                                                                                                         SUKJAP 2024 

                                                                                                                                                                                          
Hadir bagi menyempurnakan sesi penyampaian hadiah ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin mewakili Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.  
Kemuncak kepada pertandingan yang diadakan ini adalah Sukan Empat Penjuru iaitu dengan penglibatan seramai 234 orang yang terdiri daripada Kampus cawangan Kesihatan, Kejuruteraan dan IPPT/PPUSMB.
Terdapat banyak pencapaian yang berjaya diraih oleh Kontingen Staf IPPT/PPUSMB dalam Karnival Sukan Empat Penjuru USM 2024 yang berlangsung pada 11 Jun 2024. Antaranya adalah tempat ke-3 Perseorangan Lelaki Ping Pong : Mohamad Fairos Yahya, tempat ke-3 Perseorangan Wanita Ping Pong : Khairun Nisak Abdul Rahim, tempat ke-3 Beregu Wanita Ping Pong : Norsyazana Soaid & Jazlia Bolia, tempat ke-3 bagi acara Bola Jaring, Bola Tampar Wanita, Bola Tampar Lelaki dan suku akhir Petanque.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan daripada Pengarah dan seluruh warga Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) serta Pusat Perubatan USM Bertam kepada semua pemenang yang telah berjaya mengharumkan nama IPPT/PPUSMB dalam Kejohanan SUKJAP 2024.


Photo By MOHAMAD FIRDAUS HARUN
                  SUKJAP 2024

Photo By MOHAMAD FIRDAUS HARUN
           SUKJAP 2024

Photo By MOHAMAD FIRDAUS HARUN
           SUKJAP 2024


Teks disediakan oleh: Nur Aqilah Tajul Ashikin
Teks disunting oleh:  Mohamad Firdaus Harun
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
11 Jun 2024

Scroll to Top