Iklan Promosi
IPPT, September 8 2022 -
ADAKAH ANDA BOLEH MENJAHIT???
Pasukan penyelidik dari "Breast Cancer Translational Research Program" IPPT bersama Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat USM, ingin menjemput orang ramai yang boleh menjahit untuk menyertai projek "mastectomy bra". Mastectomy bermaksud pembedahan membuang payudara yang dilakukan kepada mereka yang menghidap penyakit kanser payudara. Wanita yang telah kehilangan payudara memerlukan buah dada palsu atau "prostesis". Bagi memakai prostesis ini, maka bra yang berciri khas adalah diperlukan. Oleh kerana harganya mahal dan perlu ditempah dari butik khas, maka pihak kami telah mengambil inisiatif untuk melancarkan projek ini di IPPT.

Sempena menyambut kedatangan bulan Oktober, iaitu bulan kesedaran kanser payudara (Pink October), kami ingin menjemput sukarelawan untuk bersama-sama dalam projek ini. 

Jika anda berminat, sila hubungi;

Dr Bakiah WA 010-4020301

TARIKH TUTUP : 15 SEPTEMBER 2022 (Bengkel Pertama dijadual pada 17/9/22)

Scroll to Top