Announcement

Jemputan Ke Hari Terbuka ‘a Day With Rehab Robotic’

Published : 30 May 2022

Baner Program
IPPT, BERTAM, May 30 2022 -

Assalamualaikum wbt. dan Salam Hormat,

YBhg. Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Bermula pada 1 Mac yang lalu, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) melangkah lebih jauh seiring dengan kecanggihan teknologi semasa dengan menawarkan perkhidmatan rehabilitasi menggunakan teknologi robotik bertujuan bagi meningkatkan kemampuan seseorang untuk kembali pulih dengan cepat, berkesan dan selamat. Sepanjang tempoh tiga bulan beroperasi, seramai 36 orang pesakit telah mula menjalani rawatan rehabilitasi menggunakan teknologi robotik ini.

Justeru itu, bagi memperkenalkan kepada staf USM dan masyarakat setempat berkenaan perkhidmatan robotik yang ada ditawarkan di IPPT, Hari Terbuka ‘A Day with Rehab Robotic’ akan diadakan pada 2 Jun 2022 jam 9 pagi hingga 5 petang.

Antara pengisian hari terbuka ialah:
• Pengenalan Klinik Neuro-Robotik & Cybernics
• Lawatan ke Klinik Neuro-Robotik & Cybernics
• Pameran alatan rehabilitasi
• Pameran kesihatan
• Pameran program akademik

Sukacita YBhg. Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dijemput hadir. 

Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh diajukan melalui: Klinik Neuro-Robotics & Cybernics, +6045622362

Scroll to Top