Achievement

CDL Anjurkan Townhall Pendaftaran Pengamal Profesion Kesihatan Bersekutu Khas Bagi Juruteknologi Makmal Perubatan PPUSMB, Kampus Induk dan Transkrian.

Published : 26 June 2023

Poster hebahan program townhall
PUSAT PERUBATAN USM BERTAM, June 23 2023 -
PADA 23 Jun 2023, Makmal Diagnostik Klinikal (CDL) telah menghimpunkan juruteknologi makmal perubatan daripada tiga kampus iaitu PPUSMB/ IPPT, Induk dan Transkrian untuk program Townhall Pendaftaran Pengamal Profesion Kesihatan Bersekutu Khas Bagi Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP). Penceramah jemputan ialah Encik Nik Fakurudin bin Nik Ali, JTMP U38 dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan,Kampus Kesihatan yang juga merupakan ahli kesihatan bersekutu.

Objektif program ini ialah untuk memberi pendedahan tentang Akta 774 iaitu pengenalan dan pendaftaran pengamal profesion kesihatan bersekutu bagi JTMP dan ahli sains makmal perubatan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk ??membincangkan tentang perancangan perkembangan profesion JTMP pasca implementasi Akta 774 meliputi perkembangan kerjaya, perancangan latihan fungsian JTMP USM dan cadangan kepada anggaran belanja mengurus pusat tanggungjawab yang berkaitan dengan profesion JTMP.

CDL menyasarkan agar empat puluh orang JTMP daripada ketiga-tiga kampus dapat lebih memahami tentang kepentingan Akta 774 dan  kesinambungan selepas perlaksanaan akta selain mendaftar dengan betul dan mengikut masa yang ditetapkan.

Alhamdulillah, CDL mendapat maklumbalas positif daripada para peserta yang rata-rata berpuas hati dengan program yang dijalankan dan berharap program seperti ini selalu dibuat untuk pertambahan ilmu dan perkongsian maklumat. Positifnya, CDL sentiasa menyokong aktiviti dan perkembangan profesion JTMP yang  juga menjadi nadi dan tulang belakang kemajuan CDL.

Dengan berakhirnya program ini, ia menjadi permulaan baru untuk semua JTMP di semua kampus untuk menjadi lebih bersatu sebagai satu pasukan yang berdaya maju demi USM yang tercinta.

CDL mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa program ini yang terdiri daripada JTMP CDL dan juga kepada para peserta yang menjayakan program ini. JTMP CDL juga menyediakan makan tengahari dan sedikit cenderahati beserta sijil penghargaan kepada penceramah yang disampaikan oleh Pengarah CDL iaitu Dr.Hafizuddin Mohamed Fauzi.

Kejayaan penganjuran program ini pasti menjadi pemangkin untuk kejayaan masa hadapan,insya-Allah.

Scroll to Top