Announcement

Jemputan Menghadiri Majlis Perasmian Metaverse Space LIBRARY@IPPT

Published : 26 April 2022

Poster Perasmian Metaverse
SAINS@BERTAM, April 28 2022 - Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Tuan/Puan,


JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS PERASMIAN METAVERSE SPACE LIBRARY@IPPT



Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2.          Sukacita dimaklumkan bahawa semua staf Perpustakaan Universiti Sains Malaysia adalah dijemput untuk menyertai Majlis Perasmian Metaverse Space Library@IPPT yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut:


    TARIKH: 28 APRIL 2022 (KHAMIS)

    MASA: 2.30 PETANG

    PLATFORM : Laman Facebook dan saluran YouTube di pautan berikut:


        Laman Facebook - Advanced Medical and Dental Institute, USM,

        https://www.facebook.com/ipptusm/


        Saluran YouTube rasmi - Advanced Medical and Dental Institute, USM

        https://www.youtube.com/channel/UCkG6z7YENkWNOZMW-me2JAw



3.       Penyertaan tuan/puan amat kami hargai tanda sokongan ke arah meningkatkan prestasi Perpustakaan IPPT.  Dilampirkan tentatif program untuk rujukan tuan/puan.


4.        Perhatian dan sokongan tuan/puan dalam perkara ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian, terima kasih.



ATURCARA/TENTATIF

MAJLIS PENANDATANGANAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) DAN CHINA MEDICAL UNIVERSITY HOSPITAL (CMUH) SECARA HYBRID

DAN

MAJLIS PERASMIAN METAVERSE SPACE LIBRARY@IPPT

 

PADA HARI KHAMIS,28 APRIL 2022,JAM 2.30 PETANG

DI INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU (IPPT),

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, BERTAM, PULAU PINANG

 

Masa

 

Aktiviti

 

2.10 petang

 

:

Ketibaan YM Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin, FASc.

Pengarah

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju

 

2.15 petang

 

:

 

Ketibaan tetamu jemputan

2.25 petang

:

Ketibaan YBhg. Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, FASc.

Naib Canselor

Universiti Sains Malaysia

 

2.30 petang

:

MAJLIS PENANDATANGANAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) DAN CHINA MEDICAL UNIVERSITY HOSPITAL (CMUH) SECARA HYBRID

 

3.15 petang

:

MAJLIS PERASMIAN METAVERSE SPACE LIBRARY@IPPT

 

Ucapan Aluan YM Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin, FASc. 

Pengarah

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju

 

Ucapan Perasmian YBhg. Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, FASc.

Naib Canselor

Universiti Sains Malaysia

 

Tayangan montaj Metaverse Space Library@IPPT

 

Penandatanganan Plak Metaverse Space Library@IPPT

 

Penyampaian Cenderamata

   

4.00 petang

:

Lawatan ke Metaverse Space Library@IPPT

 

**Pakaian: Batik 

Scroll to Top