Achievement

USM MENTRANSFORMASIKAN PENDIDIKAN TINGGI UNTUK KELESTARIAN HARI ESOK PAMERAN KELESTARIAN APEX USM DI MESYUARAT SAINTIFIK TAHUNAN KALI KE-52 PERSATUAN ORTOPAEDIK MALAYSIA (MOA)

Published : 15 June 2023

Gambar 1
PENANG, June 15 2023 -

Setiap tahun Mesyuarat Saintifik Tahunan Persatuan Ortopaedik Malaysia (MOA) adalah perjumpaan yang melibatkan pakar ortopedik di Malaysia dan juga wakil industri terkemuka dalam bidang ortopedik dari seluruh dunia. Peserta adalah terdiri daripada pegawai dan pakar perubatan,  para ahli akademik dan pelajar yang tidak kurang dari 2,000 orang. Pada tahun ini tema MOA yang akan dipersembahkan kepada umum adalah sustainability and society.

Pada kali ini MOA telah menawarkan USM untuk menyertai pameran kesedaran dan aktiviti kelestarian memandangkan Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mengekalkan kedudukan di tempat Keempat Terbaik di dunia dan yang pertama di Asia oleh The Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2023. USM juga unggul pada kedudukan pertama dalam Sustainable Development Goals (SDG16) iaitu Keamanan Keadilan dan Institusi Kukuh

Kampus Sejahtera USM, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Surgeri Ortopedik USM akan beraksi ruang untuk mempamerkan pencapaian dan memperlihatkan sumbangan kelestarian USM kepada masyarakat dalam pameran ini.

Inisiatif ini adalah sangat disambut baik oleh USM untuk promosi dan sekaligus meningkatkan pengetahuan masyarakat umum tentang kelestarian, menerapkan kelestarian dalam pengajaran dan penyelidikan USM melalui pameran dan pelbagai bentuk informasi yang menarik serta membuka peluang melanjutkan pengajian tinggi dalam pelbagai program perubatan, pergigian dan sains kesihatan di USM di lot pameran B34 Universiti Sains Malaysia Kampus Sejahtera.

Dengan adanya penganjuran di atas adalah diharapkan dapat menyerlahkan dedikasi USM untuk mencipta masa depan yang lestari, memacu perubahan positif dan memberi inspirasi kepada generasi pemimpin masa hadapan.

Teks : Nur Anis Syamimi Mohammad Azmi dan Yusmadi Norashid

Scroll to Top