IPPT USM, January 1 2021 -
Kini, kemunculan Massive Open Online Course (MOOC) dan Microcredential Course (MC) pada Open Learning platform telah menjadi tren utama untuk kaedah pembelajaran sepanjang hayat.
Pandemik COVID19 tidak sesekali mematahkan semangat sekumpulan pensyarah IPPT USM untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang kepakaran masing-masing kepada pelajar dan komuniti.
MOOC dan MC dapat diakses dalam talian tanpa melibatkan pembelajaran dan pengajaran secara bersemuka. Ia boleh diakses pada bila-bila masa secara percuma.
IPPT mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada Pensyarah IPPT yang telah berjaya membangunkan MOOC dan MC masing-masing. Pembangun kursus MC dan MOOC yang terlibat adalah:
Microcredential Course:
1) Dr. Mohd Hafizuddin Mohamed Fauzi
(Blood Cells Morphology)
2) Prof. Madya Dr. Doblin Anak Sandai
(Fungal Infections; Diagnosis Guides)
3) Dr. Nawal Radhiah Abdul Rahman
(Non-Odontogenic Jaw Lesion)
4) Dr. Noor Ayuni Ahmad Shafai
(Removable Appliance in Orthodontics)
5) Prof. Madya Dr. Fatanah Mohamad Suhaimi
(Laser Hazard & Safety)
6) Dr. Noorsuzana Mohamad Shariff
(Multivariable analysis: The Multiple Linear Regression)
MOOC:
1) Prof. Madya Dr. Rafidah Zainon
(Physics of Medical Imaging)
2) Dr. Anusha, Prof. Madya Dr Tan Mei Lan, Dr Noorfatimah, Dr Sharlina, Dr Siti Razila, Dr Noor Diyana, Dr Nurulisa.
(Scientific Writing & Communication)
Semoga lebih banyak kursus dalam talian dapat dibangunkan di IPPT untuk perkongsian sejagat.
Disediakan oleh:
Jawatankuasa Pendidikan dipacu Teknologi (JKPdT), IPPT, USM