Achievement

Lawatan Audit MQA bagi Penambahan Premis Program Ijazah Doktor Perubatan USM di IPPT

Published : 02 October 2023

Bergambar Bersama Panel MQA
IPPT, BERTAM, September 28 2023 -
Satu lawatan penilaian penambahan premis bagi Fasa I, Program Ijazah Doktor Perubatan USM telah diadakan pada 26 dan 27 September 2023 oleh pihak Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency;MQA) di Bilik Mesyuarat Utama, Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB). Panel penilai Majlis Perubatan Malaysia (MPM) diketuai oleh Prof Dr Nasaruddin bin Abdul Aziz dari Universiti Cyberjaya dan ahli panel yang lain iaitu Prof Madya Dr Fadzillah binti Mohd Nor (Universiti Teknologi MARA Kampus Sungai Buloh) dan Prof Madya Dr Sivakumar A/L Thurairajasingam (Universiti Monash Malaysia). Terdapat juga wakil MPM iaitu Dr Goh Vern Zhi Denise dan En Muhammad Faiz Asyraf Bahrudin serta juga wakil MQA iaitu En Abdul Saman bin Taip. Turut hadir bagi sesi penilaian ini ialah Prof Dr Abdul Razak Sulaiman selaku Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) dan juga Prof Dr Kamarul Aryffin bin Baharuddin selaku Timbalan Dekan Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa (TDA) PPSP.


Gambar 1: Panel penilai Majlis Perubatan Malaysia (MPM) dan Wakil-wakil IPPT

Penilaian dimulakan dengan penerangan ringkas mengenai Institut Perubatan dan Pergiaan Termaju (IPPT) oleh Prof Dr Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin selaku Pengarah IPPT serta tayangan video korporat IPPT dan PPUSMB. Seterusnya, ia disusuli dengan penerangan ringkas mengenai program oleh Prof Dr Abdul Razak, taklimat mengenai struktur kurikulum program oleh Prof Dr Kamarul Aryffin dan juga taklimat berkaitan maklumat terkini permohonan penambahan premis pengendalian Fasa I program di IPPT oleh Dr Siti Salmah binti Noordin selaku koordinator Program Doktor Perubatan di IPPT.

Gambar 2: Sesi soal jawab bersama Panel Penilai

Setelah taklimat berakhir, aktiviti penilaian diteruskan dengan sesi soal jawab dan sesi perjumpaan antara panel penilai dengan Timbalan Pengarah Akademik & Antarabangsa IPPT (Dr Ida Shazrina binti Ismail), TDA PPSP serta koordinator program IPPT.  Seterusnya, ia disusuli dengan sesi perjumpaan dengan para pensyarah yang akan terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran program ini di IPPT.

                                                         
Gambar 3: Lawatan Fasiliti IT@AMDI

 
Gambar 4: Lawatan Fasiliti Perpustakaan IPPT

Setelah tamat sesi perjumpaan, aktiviti penilaian diteruskan dengan sesi lawatan bagi melihat fasiliti pengajaran dan pembelajaran. Lawatan dimulakan di PPUSMB dan diringi oleh Prof Madya Dr Noor Khairiah serta Dr Fitreena Anis dan Dr Siti Salmah. Setelah itu, lawatan diteruskan di SAINS@Bertam dan diiringi oleh Prof Tunku Kamarul Zaman, Dr Ida Shazrina, Dr Siti Salmah, Dr Suria Emilia, Dr Husnaida, Dr Salbiah,  En Yusmadi dan juga beberapa kaktitangan IPPT yang berkenaan. Antara lokasi yang dilawat di SAINS@Bertam ialah Auditorium, Blok Akademik (seperti Bilik Tutorial, Bilik Kuliah, Makmal Skil Klinikal, Makmal Pelbagai Guna, Makmal Anatomi dan Patologi serta Bilik Kebal), Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknolog IPPT serta perpustakaan IPPT.  Selain itu, para panel penilai juga turut melawat kemudahan hostel di UiTM Pulau Pinang Cawangan Kampus Bertam.

Aktiviti penilaian ini berakhir pada 12.30 tengah hari, 27 September 2023 dengan rumusan dapatan dibentangkan oleh ketua panel penilai MPM. Pihak MQA memaklumkan bahawa laporan rasmi berkaitan penilaian akan diberikan hanya selepas sesi mesyuarat bersama-sama dengan ahli MPM.



Scroll to Top