Collaboration

IPPT & PPUSMB, USM Lebar Kerjasama Strategik Rakan Universiti Serantau Di Indonesia

Published : 17 November 2023

Majlis penukaran dokumen MoA
FAKULTAS KEDOKTERAN, UNIVERSITAS AIRLANGGA, SURABAYA, INDONESIA, November 8 2023 -

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM terus komited melebarkan jalinan kerjasama strategik dengan rakan universiti di Indonesia. Terbaru, USM menerusi IPPT telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama-sama Rumah Sakit Umum Daerah Dr. Soetomo, Surabaya Indonesia dan Perjanjian Kerjasama Penyelidikkan dengan Fakultas Kedokteran Universitas Airlangga (UNAIR) yang di adakan di Kampus UNAIR baru-baru ini.

Majlis penukaran dokumen disempurnakan di dewan Fakultas Kedokteran, Universitas Airlangga

Koloborasi strategik ini adalah lanjutan MoA antara IPPT-UNAIR yang telah dimateri pada 16 November 2020 yang lepas. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan diantara dua institusi seperti “Joint Webinar Serries” secara berkala yang menjadi platform perbincangan dan perkongsian ilmu antara penyelidik IPPT, USM dan penyelidik dari UNAIR. Selain itu, program latihan sangkutan selama 2 minggu bagi program doktor pakar “clinical pathologist”, Fakultas Kedokteran UNAIR di Makmal Diagnostik Klinikal, PPUSMB telah dilaksanakan secara berkala bermula Januari 2023 sehinggalah Julai 2024. Program ini memberikan pendedahan dan pengalaman kepada bakal graduan doktor pakar “clinical pathologist” UNAIR berkaitan bidang kepakaran perubatan transfusi, teknik molekular diagnostik dalam bidang imunologi dan hematologi. Terkini, IPPT, USM dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) merupakan satu-satunya host di Malaysia yang menjalankan program latihan kepakaran perubatan transfusi sejak tahun 2006 lagi. Program ini menghasilkan graduan doktor pakar dalam bidang transfusi. Sistem pengurusan tabung darah yang berbeza diantara negara Malaysia dan Indonesia ini tidak menjadi halangan untuk pihak IPPT dan UNAIR berkongsi pengalaman dan kepakaran masing. Hasil timbal balik koloborasi ini, pihak USM telah sudi menaja 15 orang pelajar sarjana perubatan ( Perubatan Transfusi) untuk program latihan sangkutan pada bulan Disember 2023 di Rumah Sakit Umum Dr. Soetomo dan Fakultas Kedokteran, UNAIR selama 1 minggu dibawah inisiatif Mobility Matching Fund, kerjasama diantara IPPT dan juga International Mobility & Collaboration Centre, USM

Menurut Pengarah IPPT, YM Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin dalam ucapannya berkata “Sesungguhnya usaha murni ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada Sustainable Development Goals (SDG) negara iaitu SDG 17 Partnership- memperkasakan hubungan yang kukuh yang dimiliki USM dengan rakan kongsi peringkat antarabangsa, lebih-lebih lagi negara serumpun dan serantau, SDG 16- Peace, Justice and Strong Insititutions iaitu meluaskan dan mengukuhkan penyertaan negara membangun dalam tadbir urus global terutamanya dalam bidang penyelidikkan, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan dan SDG 4- Pendidikkan Berkualiti - bertujuan memastikan pendidikan berkualiti inklusif dan saksama serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua. Hadir sama pada majlis adalah delegasi dari IPPT, Dr. Nur Arzuar Abdul Rahim selaku ketua Jawatankuasa Koloborasi IPPT-UNAIR, Profesor Madya Dr. Hasni Bin Arsad, Dr. Ida Shazrina Binti Ismail (Timbalan Pengarah IPPT), Profesor Dr. Narazah Binti Mohd Yusoff, pensyarah Kehormat IPTP dan juga Profesor Pelawat UNAIR, Dr. Muhammad Amir Yunus, Dr. Husnaida Binti Abdul Manan @ Sulong dan Puan Naziroh Binti Shafii.

                                                               

Ucapan dari Pengarah IPPT

Selain itu, komitmen yang ditunjukkan oleh jalinan kerjasama ini telah membuahkan inisiatif “matching grant” diantara penyelidik IPPT dan UNAIR yang akan mendokong 4 tema program penyelidikan di IPPT, USM iaitu 1) Emerging Infectious Disease; Preparation for Disease X 2) Advanced Management of Liver Malignancy 3) Dementia Multidisciplinary Research Program (DMR-IPPT) dan 4) Breast Cancer Translational Research Program (BCTRP@IPPT). Program penyelidikkan translasional IPPT ini adalah usaha yang dilaksanakan dalam mentransformasikan penyelidikkan, sejajar dengan matlamat merealisasikan USM sebagai pemacu dalam bidang penyelidikan yang berkualiti dan memberi impak kepada negara dan masyarakat. Sebagai inisiatif sulung dua Perjanjian Kerjasama Penyelidikan selama dua tahun diantara IPPT-UNAIR telah ditandatangani. Dua projek penyelidikan telah berjaya dipadankan diantara penyelidik IPPT dan UNAIR yang diketuai oleh Dr. Nozlena Abdul Samad dan Dr. Eva Nabiha Zambri bersama rakan di UNAIR yang diketuai oleh Dr. Arifa Mustika dan Profesor Dr. Muhammad Miftahussurur.

Rumah Sakit Umum Daerah Dr. Soetomo, Surabaya, Indonesia

Rumah Sakit Universitas Airlangga

Pengarah IPPT turut menyampaikan hasrat menyokong dan amat berbesar hati terhadap koloborasi sebegini. Malaysia dan Indonesia merupakan negara jiran yang  akrab dan tonggak negara ASEAN. Saya percaya melalui “semangat serumpun” kita akan terus menzahirkan kerjasama kukuh dan komprehensif.

Teks : Dr. Nur Arzuar Abdul Rahim/Pn Naziroh Shafii



SDG 4 - Ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong learning opportunities for all
SDG 16 - Promote peaceful and inclusive societies for sustainable development, provide access to justice for all and build effective, accountable and inclusive institutions at all levels
SDG 17 - Strengthen the means of implementation and revitalize the Global Partnership for Sustainable Development
Scroll to Top