
Dr. Rabeta sedang menerangkan aktiviti yang dibawa oleh Jabatan Kesihatan Komuniti
Penyertaan
IPPT dalam Karnival STEM SMJK Jit Sin 2025: Memperkasa Pendidikan STEM di
Peringkat Sekolah Menengah
DEWAN
SMJK JIT SIN, JALAN BINJAI, TAMAN SRI RAMBAI, 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU
PINANG, 22-24 APRIL 2025 - Karnival STEM di SMK Jit Sin bertujuan
memupuk minat dan kesedaran pelajar sekolah menengah terhadap bidang Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Sebagai sebahagian daripada
tanggungjawab sosial universiti dan usaha memperkukuh hubungan dengan komuniti,
tiga jabatan di bawah Institut Perbatan dan Pergigian Termaju (IPPT) iaitu
Jabatan Kesihatan Komuniti, Jabatan Sains Pergigian dan Jabatan Toksikologi
telah mengambil bahagian secara aktif dalam menjayakan karnival ini.
Jabatan Kesihatan Komuniti (JKK) memainkan peranan
penting dalam mempromosikan kesihatan awam melalui pendidikan, pencegahan
penyakit, dan kelestarian alam sekitar. Aktiviti membuat lilin daripada minyak
masak terpakai secara langsung dan tidak langsung berkait rapat dengan
prinsip-prinsip ini.
- Kelestarian Alam
Sekitar dan Kesihatan Awam
Pembuangan minyak masak terpakai ke dalam sistem
perparitan atau tanah boleh mencemarkan air dan tanah, serta menggalakkan
pertumbuhan vektor penyakit seperti lipas dan tikus. Melalui aktiviti ini,
pelajar diajar cara mengurus sisa dapur
dengan betul dan bertanggungjawab.
- Pendidikan
Kesihatan Komuniti
Aktiviti ini boleh dijadikan platform untuk
menyampaikan mesej berkaitan kesan
penggunaan berulang minyak masak terhadap kesihatan (seperti penghasilan
radikal bebas, risiko kanser, dll.)
- Pemerkasaan
Komuniti melalui Ilmu dan Inovasi
Dengan mengajar komuniti cara menukar sisa kepada
produk yang berguna, jabatan menyumbang kepada peningkatan literasi kesihatan dan alam sekitar serta pemberdayaan masyarakat untuk mengamalkan
gaya hidup sihat dan lestari.
- Sokongan kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)
Aktiviti ini selari dengan beberapa objektif SDG
yang sering diterajui oleh jabatan kesihatan komuniti, seperti:
Selain ini, JKK juga
membawa handgrip dynamometer iaitu alat yang digunakan untuk mengukur kekuatan
genggaman tangan seseorang. Kekuatan genggaman tangan berkait rapat dengan
status kesihatan umum, status pemakanan, dan fungsi fizikal keseluruhan.
Jabatan Sains Pergigian memainkan peranan penting
dalam memperkenalkan dan mengintegrasikan elemen STEM secara praktikal dan
berimpak tinggi, terutamanya dalam konteks kesihatan mulut dan pergigian.
Antara pameran yang telah dijalankan:
- Pameran
Ortodontik yang memaparkan maklumat berkaitan ortodontik seperti jenis-jenis
braces (pendakap gigi), fungsi dan kaedah rawatan, serta kepentingan penjagaan
gigi dan mulut semasa menjalani rawatan ortodontik. Model gigi 3D, simulasi
pemakaian braces dan gambar-gambar kes klinikal sebelum dan selepas rawatan
turut dipamerkan untuk memberi gambaran visual yang jelas kepada pelajar.
- Demonstrasi Cara Membuat Ubat Gigi Homemade
memberi peluang kepada pelajar untuk belajar secara hands-on bagaimana ubat
gigi boleh dihasilkan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti baking soda,
minyak kelapa dan minyak pati (essential oils). Demonstrasi ini mengaitkan
prinsip kimia asas dalam pembuatan produk harian, sekaligus menunjukkan
aplikasi sains dalam kehidupan seharian.
- Kuiz Interaktif Berkaitan Ubat Gigi merangkumi
soalan-soalan berkaitan komposisi ubat gigi, fungsi setiap bahan, serta
kepentingan penjagaan oral. Kuiz dijalankan dalam bentuk interaktif dan menyeronokkan
dengan menyediakan hadiah untuk setiap jawapan yang betul.
Bertemakan “ToxiTeens: Decode the Science of
Toxicology” tarikan utama yang dibawakan oleh Jabatan Toksikologi ialah
aktiviti interaktif pengenalan kepada sel, yang memberikan gambaran asas
tentang struktur dan fungsi sel manusia melalui model visual dan perbincangan
mudah faham. Aktiviti ini menjadi asas penting sebelum pelajar memahami
bagaimana sel boleh terkesan akibat pendedahan kepada bahan toksik.
Dalam aktiviti seterusnya, toksikologi persekitaran
dan pekerjaan, pelajar didedahkan kepada jenis-jenis bahan toksik yang terdiri
daripada bahan logam berat yang biasa ditemui di persekitaran rumah, sekolah
dan tempat kerja, serta kesannya terhadap kesihatan sel dan organ. Penerangan disampaikan
dalam bentuk demonstrasi dan aktiviti hands-on yang menyeronokkan,
Satu lagi tarikan utama ialah aktiviti kuiz
interaktif berkaitan kanser, yang menekankan kaitan antara bahan kimia
persekitaran, gaya hidup dan risiko pembentukan sel kanser. Kuiz ini bukan
sahaja mencabar minda pelajar, malah memberikan maklumat penting tentang
pencegahan dan kesedaran awal terhadap penyakit ini.
Pameran dan aktiviti yang dijalankan telah berjaya
menarik perhatian ratusan pelajar dan guru, yang memberi maklum balas positif
terhadap pendekatan pembelajaran yang lebih terbuka, menyeronokkan dan
praktikal.
Pihak IPPT amat berbesar hati atas jemputan pihak
sekolah serta kerjasama yang diberikan sepanjang karnival ini berlangsung.
Aktiviti seumpama ini bukan sahaja memberi pendedahan awal kepada pelajar
tentang bidang sains kesihatan, malah membantu mencungkil minat dan bakat muda
dalam bidang penyelidikan dan inovasi.
Pihak penulis utama mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Dr. Hidani Hasim dan Dr. Nurul Shahfiza Noor yang membantu menyediakan
teks ini.
Photo By Nurdiana Zainol
Abidin
Dr. Rabeta sedang
menerangkan aktiviti yang dibawa oleh Jabatan Kesihatan Komuniti
Photo By Nurdiana Zainol
Abidin
Pelajar sedang membuat
lilin daripada minyak masak terpakai
Photo By Nurdiana Zainol
Abidin
Pelajar sedang mengukur
kekuatan genggaman tangan menggunakan handgrip dynamometer
Photo By Hidani Hasim
Pelajar sedang membuat
membuat ubat gigi homemade
Photo By Hidani Hasim
Pensayarah daripada
Jabatan Sains Pergigian yang menyertai Karnival Sains di SMJK Jit Sin
Photo By Nurul Shahfiza
Noor
Pensyarah daripada
Jabatan Toksikologi yang terlibat dalam Karnival Sains SMJK Jit Sin
Photo By Nurul Shahfiza
Noor
Aktiviti interaktif yang
menarik daripada Jabatan Toksikologi
Photo By Nurul Shahfiza
Noor
Pelajar sedang mengambil
bahagian di booth Jabatan Toksikologi