Contoh botol kosong untuk mengumpulkan jarum insulin yang terpakai.
UNIT FARMASI PESAKIT LUAR, PPUSMB, February 9 2024 -

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah Sallallahualaihiwassalam bersabda : 
"Iman itu mempunyai lebih 70 atau 60 batang cabang, dan yang paling utama serta tertinggi adalah mengucapkan Laa ilaha illallah (tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah), manakala paling rendah adalah membuang benda-benda menyakitkan di laluan perjalanan. Sifat malu juga adalah sebahagian daripada Iman." (Hadis riwayat Muslim)
Matlamat Pembangunan Mampan atau dikenali dengan Sustainable Development Goals (SDG) adalah agenda yang dibawa semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak awal 2015. Terdapat 17 matlamat yang telah ditetapkan demi mencapai resolusi bersama "Mengubah Dunia Kita : Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan".
SDG mempunyai senarai sasaran yang berbagai untuk dicapai (169 sasaran) bagi mencapai 17 matlamat yang meliputi penyelesaian ke atas isu pembangunan sosial dan ekonomi termasuk kemiskinan, kelaparan, kesihatan, pendidikan, pemanasan global, air, sanitasi, tenaga, urbanisasi, alam sekitar dan keadilan sosial.
Matlamat ke-12 : Memastikan corak penggunaan dan pengeluaran yang mampan
Sasaran 12.4 : Pengurusan bertanggungjawab terhadap bahan kimia dan sisa
Tajuk penuh sasaran 12.4 adalah : "Menjelang 2020, capai pengurusan bahan kimia dan semua bahan buangan yang mesra alam sepanjang kitaran hayatnya, mengikut rangka kerja antarabangsa yang dipersetujui, dan dengan ketara mengurangkan pelepasannya ke udara, air dan tanah untuk meminimumkan kesan buruk terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar."
Bagi menyahut sasaran SDG 12.4 ini, Unit Farmasi melancarkan Kempen Pembuangan Jarum Insulin Secara Selamat demi memastikan sisa tajam dilupuskan dengan selamat. 
Objektif kempen ini adalah :
  1. Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pembuangan jarum insulin dengan lebih selamat.
  2. Membantu menghalang orang lain terutamanya pekerja yang mengutip sampah dari tercedera dan dijangkiti penyakit.
Cara pembuangan jarum pen insulin :
  1. Buang jarum yang telah digunakan ke dalam bekas, contohnya botol air minuman & botol plastik sabun pencuci.
  2. Apabila telah penuh, pasangkan penutup bekas dengan ketat dan sempurna.
  3. Serahkan kepada farmasi untuk pelupusan.

SDG 12 - Ensure sustainable consumption and production patterns
Scroll to Top