Brosur Produk
IPPT, BERTAM, June 1 2022 -

Madu digunakan sebagai makanan tambahan untuk tujuan perubatan di Malaysia. Pada amnya madu mengandungi karbohidrat(80-85%), air (15-17%), protein (0.3%), abu (0.2%) kuantiti kecil asid amino dan vitamin.

Madu yang terdapat di Malaysia adalah terdiri daripada madu gelam, madu kelapa, madu tualang serta madu kelulut.

Terdapat beberapa parameter yang penting bagi menentukan kualiti dan ketulenan madu. Analisis madu di IPPT telah menetapkan ujian bagi beberapa parameter yang penting untuk tujuan tersebut iaitu parameter pH, konduktiviti, ash, moisture, 5 hydroxymethylfurfural (HMF), gula (glukosa, fruktosa dan sukrosa) diastase dan antioksida.

Ujian ini diperlukan bagi menentukan kualiti dan ketulenan madu yang dipasarkan terutamanya di kawasan Utara Semanjung Malaysia. Analisis yang dijalankan adalah untuk membantu perkembangan industri penternakan lebah madu dan kelulut yang banyak terdapat di kawasan utara agar ianya menepati piawaian antarabangsa. Nilai Piawai Antarabangsa adalah mengikut Codex Standard for Honey 12-1981. Ianya juga selaras dengan penguatkuasaan Peraturan 130, iaitu Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 yang menetapkan standard bagi madu.

Terdapat 10 ujian madu yang ditawarkan di IPPT. Bagi pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan lebih daripada 5 sampel bagi satu ujian diberikan potongan harga sebanyak 10%. Manakala bagi pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan lebih daripada 5 sampel dan 4 ujian akan diberikan potongan sebanyak 20%.

Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan kami.

https://news.amdi.usm.my/flippingpdf.php?id=1275

Scroll to Top