PETALING JAYA, SELANGOR, September 19 2020 -
Tahniah Profesor Dr Narazah Mohd Yusoff di atas pengurniaan TOKOH WANITA KELANTAN oleh Persatuan Kemajuan Wanita Kelantan di Kuala Lumpur dan Selangor (PUSPA).

Majlis yang telah berlangsung pada 19 September 2020  telah disempurnakan oleh  Puan Tengku Temenggung Kelantan Yang Teramat Mulia Tunku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati binti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra di Dewan Melati, TH Hotel Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor.

Majlis di adakan sempena PELANCARAN BUKU BIOGRAFI TOKOH WANITA KELANTAN JILID 02. Profesor Dr. Narazah telah banyak menyumbang kepada universiti dan masyarakat sebagai doktor pakar dalam perkhidmatan hematologi dan genetik klinikal, pengajaran dan  penyelidikan.

Untuk makluman, PUSPA ditubuhkan pada 16.10.2007 bagi tujuan untuk mengumpulkan masyarakat anak-anak Kelantan di Kuala Lumpur dan Selangor bagi kegiatan bersifat hubungan silaturrahim, menyusun kegiatan bagi kemajuan wanita Kelantan di Kuala Lumpur, Selangor dan Kelantan, terutama bagi golongan wanita dan remaja.

Scroll to Top