Palang Merah Indonesia (PMI) adalah sebuah pertubuhan kemanusiaan di Indonesia. Ia merupakan ahli bersekutu bagai Palang Merah Antarabangsa dan juga Bulan Sabit Merah. Pengurusan bekalan darah di Malaysia adalah dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Tidak seperti di Malaysia, perbekalan darah bagai hospital di Indonesia adalah dibawah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Palang Merah Indonesia. Pada tahun 2013, data sukarelawan penderma darah di PMI seluruh negara Indonesia telah mencatat hampir 945,243 orang, ia merupakan jumlah sukarelawan yang tertinggi di dunia. Program mobiliti kepakaran Perubatan Transfusi, IPPT ke Surabaya, Indonesia ini adalah hasil inisiatif “matching grant” diantara Pusat Mobiliti dan Koloborasi Antarabangsa (IMCC) USM bersama IPPT. Program ini mendokong 2 agenda kelestarian iaitu SDG 16 (Peace, Justice dan strong Institutions) dan juga SDG 17 (Partnerships for the goals). Melalui program ini ia dapat memperkasakan hubungan yang kukuh yang dimiliki IPPT, USM dengan rakan kongsi di peringkat antarabangsa melalui kerjasama dan perkongsian pengetahuan. Melalui program mobilisasi dan pertukaran pelajar ini akan dapat memperkenalkan kepakaran perubatan transfusi ke peringkat global khususnya di Indonesia. Seramai 15 orang pelajar sarjana perubatan (Perubatan Transfusi) terlibat dan diiringi oleh 2 orang pensyarah yang bermula 3 Disember sehingga 9 Disember 2023. Lawatan kerja ke Palang Merah Indonesia (PMI) di Surabaya merupakan salah satu “compulsory visit” kami di sana. Sepanjang lawatan kami di sana, kami di bantu oleh dr Diah dan Evelyn yang tidak penat melayan segala pertanyaan kami.
Bergambar beramai-ramai di pejabat Palang Merah Indonesia (PMI) Surabaya
Aktiviti lawatan di PMI bermula sejak awal pagi dengan acara sambutan di dewan seminar PMI. Di situ kami telah diberikan penerangan berkaitan sejarah penubuhan, fungsi dan aktiviti serta pencapaian yang telah diraih oleh Palang Merah Indonesia. Setelah itu kami telah dibawah untuk melihat sendiri setiap unit-unit yang berfungsi di PMI bermula unit pendermaan darah dari sukarelawan yang hadir sehinggalah ke pemprosesan darah dan sebagainya. Sistem pengurusan dan perolehan bekalan darah yang berbeza di antara negara Malaysia dan Indonesia sebenarnya menjadi satu peluang kepada pelajar sarjana perubatan (Perubatan Transfusi) dari IPPT, USM belajar dan saling memahami. Antara objektif yang disasarkan adalah seperti mempelajari pembangunan polisi “Donor care”, pemantauan haemovigilance, pengurusan procument, piawaian amalan transfusi dan ujian immunohaematologi yang di amalkan di Palang Merah Indonesia (PMI) di Surabaya. Ia secara tidak langsung memberikan pendedahan sistem pengurusan pusat darah atau “Blood Bank” di Indonesia. Rata-rata pelajar yang hadir amat berpuas hati dengan hasil lawatan kerja yang dijalankan. Banyak yang dapat dipelajari dan memberikan pengalaman “hands on” kepada mereka.
Acara sambutan oleh Prof Arti di dewan seminar PMI
Aktiviti melawat setiap unit di PMI Surabaya