Announcement

Webinar Gaya Hidup Sihat Siri 1 Bersama Kevin Zahri

Published : 14 August 2021

Baner Program
ONLINE WEBINAR, August 14 2021 -
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Sentiasa sihat dan cergas adalah nikmat yang tidak ternilai harganya. Oleh itu, amatlah penting untuk kita mengekalkannya sebagai sebahagian daripada gaya hidup. Bersenam bukan sahaja menyihatkan tubuh badan malah membantu dalam pengurusan tekanan terutama ketika pandemik COVID-19 yang melanda negara. 
 
Oleh itu, adakah anda sudah bersedia untuk berpeluh dan memulakan gaya hidup sihat bersama speaker jemputan khas kami iaitu saudara Kevin Zahri? 

Beliau yang lebih dikenali sebagai “Cikgu Fitness Malaysia” merupakan jurulatih peribadi dan pakar pemakanan yang mendapat pengiktirafan dari Amerika Syarikat dan berpengalaman lebih daripada 15 tahun. Beliau juga merupakan pengasas program kesihatan terkenal di Malaysia dikenali sebagai “Bukan Soal Kurus”. 

SERTAI KAMI SECARA PERCUMA  

Tajuk               : Webinar Gaya Hidup Sihat Siri 1  Bersama “Cikgu Fitness Malaysia": Senaman di Rumah  
Tarikh             : 19hb Ogos 2021 (Khamis) 
Masa               : 10.00 – 11.30 pagi 
Speaker          : Saudara Kevin Zahri 
Platform         : Facebook @ KSGHAMDIUSM 

Facebook UHEIS  

YouTube @UHEIS

Pautan pendaftaran atas talian: https://tinyurl.com/WebinarGayaHidupSihatS1 

**Mata CPD akan diberikan kepada staff USM 

Sebarang pertanyaan sila hubungi Dr. Eva Nabiha Zamri melalui emel evazamri@usm.my

Scroll to Top