Achievement

FAST Cemerlang Di Konvensyen Horizon Baru Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) UUM 2021

Published : 26 October 2021

Sijil Penganugerahan
Sintok, Universiti Utara Malaysia, October 25 2021 -
Tahniah diucapkan kepada kumpulan FAST dari Institut Perubatan Dan Pergigian Termaju di atas pencapaian tempat ketiga Anugerah Bidang Inovasi Penyampaian Perkhidmatan dalam Konvensyen Horizon Baharu Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) anjuran Institut Pengurusan Kualiti-IPQUUM. 

Sebanyak 24 kumpulan telah menyertai konvensyen kali ini yang terdiri dari beberapa agensi awam dan IPTA telah berlangsung secara atas talian selama 2 hari iaitu pada 25 dan 26 Oktober 2021. 

Di konvensyen ini, kumpulan-kumpulan telah mempersembahkan projek-projek peningkatan masing-masing sebagai perkongsian untuk dibawa pulang ke organisasi-organisasi masing-masing. 

Konvensyen ini adalah inisiatif Institut Pengurusan Kualiti Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terbuka kepada organisasi-organisasi luar UUM. 

USM telah diwakili oleh 3 kumpulan iaitu FAST dari IPPT serta IFTINAN dari Unit Kejururawatan HUSM dan REHAB SHINE dari Unit Perubatan Pemulihan HUSM. 

Penyertaan konvensyen kali ini dibahagikan kepada kategori: Primer / Hibrid, Bidang Projek: Inovasi Sosial / Inovasi Penambahbaikan dan Kategori Projek: Penciptaan / Penambahbaikan. 

Kumpulan FAST (For Advanced Staffing in Technology) terdiri dari: 

Dr. Noor Khairiah A. Karim  (Ketua Kumpulan)
Puan Law Kim Sooi (Fasilitator) 
Dr. Hasmah Hussin 
Puan Norsuraya Hassan 
Cik Norhaliza Abd Hamid 
Puan Suraya Hussain 
Encik Ahmad Shaky Saidon 

Dalam konvensyen ini FAST telah mempersembahkan projek bertajuk ‘Menurunkan Suhu Kulit Kepala Untuk Mengurangkan Rambut Gugur’ di bawah Bidang Inovasi Inovasi Penyampaian Perkhidmatan di dalam kategori Inovasi Penciptaan.

Ringkasan Projek yang dijalankan oleh FAST adalah seperti di bawah: 

Projek inovasi FAST merupakan satu usaha untuk membantu pesakit kanser di IPPT, USM yang mana merupakan jumlah pesakit tertinggi menerima rawatan di institusi ini. ‘C-savior Cap’ adalah inovasi yang dapat menyejukkan kulit kepala sebelum, semasa, dan setelah menjalani rawatan kemoterapi untuk mengurangkan kesan sampingan rawatan tersebut iaitu keguguran rambut. Pek gel ais khas dimasukkan ke dalam poket ‘C-savior Cap’ dan ia dapat mengekalkan suhu kulit kepala antara 12-20°C selama 30 minit pada suhu bilik. Dengan menurunkan suhu di kulit kepala, ia akan mengurangkan aliran darah ke folikel rambut dan seterusnya dapat mengurangkan risiko keguguran rambut. 

Pelaksanaan projek ini telah memberi impak ketara dan positif dari segi emosi dan fizikal kepada pesakit kanser (pelanggan), meningkatkan kecekapan dan mengoptimumkan kos dalam menangani kekangan sumber kewangan dan sumber manusia, memanfaatkan keupayaan teknologi terkini dan memperkenalkan pendekatan penyampaian perawatan baharu kepada kakitangan dan pesakit (pelanggan). Dengan kejayaan pelaksanaan projek ini, ianya juga berjaya mendukung usaha untuk mencapai kelestarian alam sekitar global dengan menggunakan bahan kitar semula dalam penghasilan ‘C-savior Cap’ ini. 

Projek ini juga telah mendapat sokongan dan ulasan yang positif daripada pegawai perubatan dan juga Jurutera IPPT. Permohonan perlindungan Hak Cipta (Copyright Protection) telah dilakukan bagi melindungi harta intelektual Kumpulan FAST. Bagi perkembangan projek ini Kumpulan FAST telah mengadakan perbincangan bersama Pengarah Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat (BJIM) USM bagi tujuan mengkomersialkan ‘C-savior Cap’ ini ke hospital kerajaan dan swasta di hospital berdekatan. 

Berikut adalah keputusan penuh konvensyen: 

Anugerah Bidang Inovasi Penyampaian Perkhidmatan: 

o Johan: SCIMPACT 2021, Pusat Pengajian Industri, Kreatif Dan Seni Persembahan, UUM 
o Naib Johan: D’BACA, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah 
o Ketiga: FAST, Institut Perubatan Dan Pergigian Termaju, USM 

Anugerah Bidang Inovasi Sosial: 

o Johan: i-LIBs, Perbadanan Perpustakaan Awa Kedah 
o Naib Johan: Kolej Matrikulasi Gopeng, Perak 
o Ketiga: SMART STHEM, Pusat Pengajian Pengurusan Pelanconganm Hospitaliti dan Acara, UUM 

Anugerah Kreativiti & Inovasi Terbaik: 

o Bidang Inovasi Sosial: LARVICIDE BOMBERS, Kolej Matrikulasi Gopeng, Perak 
o Bidang Inovasi Penyampaian Perkhidmatan: MR POSITIF, Penjara Dusun Dato’ Murad, Melaka 

Anugerah Persembahan Terbaik: OP_POR, Penjara Penor, Pahang 

Anugerah Visual Terbaik> PANTHERA, Pusat Sukan, UUM 

Hadiah: 

o Johan: Sijil Pencapaian dan RM2,000 
o Naib Johan: Sijil Pencapaian dan RM1,500 
o Ketiga: Sijil Pencapaian dan RM1,000 

o Semua Kumpulan: Sijil Penyertaan 

Syabas dan tahniah diucapkan. Semoga budaya inovasi terus berkembang ke seluruh USM.


Disediakan oleh,

Md Hisham Abd Razak hisham.ar@usm.my 
Ketua Aktiviti Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK)
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (USM)
Scroll to Top