Achievement

KURSUS DALAMAN IPPT ‘ HPLC REFRESHER TRAINING’

Published : 05 November 2024

Brosur Latihan
BILIK ANALITIKAL , MAKMAL CRL1, October 17 2024 -

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), 18 Oktober 2024, Seksyen Makmal Penyelidikan Berpusat (CRL) dengan kerjasama Pusat Transformasi Insan (PTI) telah menganjurkan program latihan pengendalian alat HPLC di Makmal Analitikal,CRL 1 pada 17 dan 18 Oktober 2024.

 

“High Performance Liquid Chromatography (HPLC)” adalah antara alatan berteknologi tinggi yang banyak digunakan dalam penyelidikan di IPPT. HPLC membantu para penyelidik dalam kajian mengenal pasti, mengukur kualitatif dan kuantitatif pelbagai bahan, serta pemisahan bagi sebatian organik dalam suatu campuran.

 

Latihan ini dikendalikan oleh  seorang pakar dalam aplikasi HPLC dan Application Scientist dari Agilent iaitu Mr. Lim Teck Maan. Beliau berkongsi pelbagai tips dan teknik berkaitan operasi dan penyelenggaraan HPLC yang bermanfaat untuk para peserta dalam meningkatkan keberkesanan dan ketepatan analisis mereka. Seramai 18 orang peserta  terdiri daripada beberapa orang staf yang terlibat dalam mengendalikan alat analitikal dan juga beberapa orang pelajar IPPT telah menghadiri latihan ini dengan jayanya. Penglibatan mereka menunjukkan minat tinggi dalam memperkasa kemahiran dan pengetahuan mereka dalam teknologi HPLC yang menjadi keperluan penting dalam pelbagai kajian dan penyelidikan saintifik.




Photo By CRL
Peserta bergambar kenangan bersama En. Lim Teck Maan



 

Latihan ini bertujuan memberi pengetahuan tentang penggunaan peralatan, menjaga, mengendali dan mengawal selia bagi memenuhi piawaian semasa, serta memastikan fasiliti digunakan dengan baik. Peserta juga diberi peluang untuk menjalankan latihan secara amali di makmal dengan menjalankan proses pengekstrakan sampel madu dan menganalisa mengggunakan alatan HPLC.

 

Melalui latihan ini diharapkan dapat meningkatkan kemampuan dan kompentensi peserta dalam analisis kromatografi, baik pengetahuan dasar dan kompetensi menggunakan alat HPLC serta menguasai teknik penyelenggaraan agar alat tersebut dapat digunakan lebih lama. Latihan berterusan inj adalah kaedah terbaik dalam mendapat informasi terbaru dalam  mendepani perubahan semasa dalam memenuhi keperluan  penyelidikan dari masa ke masa.

 

Latihan ini telah memberikan manfaat besar kepada para peserta dalam memantapkan kemahiran teknikal serta membuka ruang kolaborasi yang lebih erat antara staf saintifik di IPPT. Latihan ini selari dan menyumbang kepada pencapaian matlamat pembangunan lestari (SDG) dalam aspek pendidikan berkualiti (SDG 4), pekerjaan yang baik dan pertumbuhan ekonomi (SDG 8), serta mengukuhkan kerjasama (SDG 17) di antara pelbagai pihak dalam bidang penyelidikan dan pembangunan.

 

Latihan ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik, hasil kerjasama CRL dan PTI. Ia juga menandakan komitmen IPPT dalam memastikan pembangunan profesional berterusan bagi staf mereka dalam usaha memperkukuh kepakaran saintifik di universiti.

 

Ditulis oleh Halianis binti Yusoff ,2024

 


SDG 4 - Ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong learning opportunities for all
SDG 8 - Promote sustained, inclusive and sustainable economic growth, full and productive employment and decent work for all
SDG 17 - Strengthen the means of implementation and revitalize the Global Partnership for Sustainable Development
Scroll to Top