Announcement

Jemputan Ke Majlis Perasmian Program Penyelidikan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju

Published : 17 June 2022

poster penyelidikan
SAINS@BERTAM, June 20 2022 -

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Dato’/Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, 

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PENYELIDIKAN INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU 


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 


2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) sedang dalam proses penyelarasan bidang penyelidikan agar lebih relevan di masa hadapan.   Salah satu pendekatan strategik yang diambil adalah menawarkan program-program penyelidikan bersifat translasional yang lebih berfokus dan berdaya saing.   

3.         Sehubungan dengan ini, sukacita YBhg. Dato’/Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dijemput ke Majlis Perasmian Program Penyelidikan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju yang akan diadakan pada ketetapan berikut:- 

            Tarikh                         : 20 Jun 2022 (Isnin) 

            Masa                           : 2:00 petang 

            Tempat                       : Auditorium Sains@Bertam 

                                                Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) 

                                                Kepala Batas, Pulau Pinang 

            Atur cara tentatif        : Dilampirkan bersama untuk rujukan 

4.         Majlis ini juga dapat ditonton secara FB Live melalui facebook rasmi IPPT di pautan berikut:

https://www.facebook.com/ipptusm

5.         Semoga kehadiran YBhg. Dato’/Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan akan memeriahkan lagi majlis ini.

Sekian.


Scroll to Top