Achievement

IPPT Rai Penerima Anugerah Ijazah Tinggi Di Upacara Konvokesyen Kali Ke 60

Published : 04 December 2022

Prof Madya Dr. Ahmad Munir Che Muhamed ditengah bergambar bersama penerima anugerah ijazah tinggi di DTSP.
PENANG, December 4 2022 -
Graduan Sidang 2 Universiti Sains Malaysia (USM) yang menerima penganugerahan ijazah tinggi diraikan bersama-sama pensyarah akademik Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) disini.

Upacara Konvokesyen ke 60 pada sidang 2 disampaikan oleh Pro-Canselor USM, Tan Sri Datuk Mustafa Mansur dan seramai 299 graduan pada sidang 2 yang hadir sebagai penerima pada sidang tersebut.



Selain itu, graduan penerima anugerah ijazah tinggi pada hari ini adalah terdiri daripada graduan-graduan USM yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dalam bidang Ijazah Kedoktoran dan Sarjana Sains, Kesihatan, Perubatan, Pergigian, Farmasi, Neurosains, Patologi dan Surgeri.

Dalam pada itu, dalam ucapan Tan Sri Datuk Mustafa Mansur “jadikan kejayaan ini sebagai salah satu bekalan dalam merintis pelbagai pencapaian dimasa hadapan, pendidikan bukan persiapan untuk hidup tetapi pendidikan hidup itu sendiri” nasihat kata beliau kepada graduan-graduan yang hadir di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP).



Pendidikan di Universiti merupakan alat proses transformasi bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda masyarakat dan adalah menjadi tanggungjawab universiti untuk mewujudkan dan merancang pembelajaran yang tersusun.

Akhir sekali, penutup Upacara Konvokesyen ini “Dengan membawa nama USM pacu dan tempatkan universiti tercinta dipuncak dunia dengan membudayakan hidup sihat dan kelestarian  persekitaran dan mensyukuri peluang dibumi Allah” ucap Tan Sri.


Teks: Mahirah Mahyidin

Scroll to Top