Achievement

ROTG: Pendekatan Perpustakaan IPPT untuk Program Literasi Maklumat

Published : 01 June 2023

Perpustakaan IPPT dan Persatuan Pelajar IPPT (ASA)
ARC, IPPT, May 30 2023 -
Perpustakaan IPPT terus komited menyokong program akademik dan penyelidikan di IPPT. Program anjuran bersama Perpustakaan IPPT dan Persatuan Pelajar IPPT (ASA) dengan jayanya telah menganjurkan program ‘Research on The Go (ROTG) with USM Library’. Program konsultasi "Research On The Go (RoTG)"  ini telah diadakan pada pada 30 May 2023, di Bilik Seminar, Kompleks Penyelidikan Haiwan, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), USM bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Objektif utama program ini adalah untuk mendekatkan Pustakawan dengan pelajar dan pensyarah IPPT bagi memberikan konsultasi secara "One-on-One". Para pelajar dan penyelidik berpeluang mendapatkan konsultasi secara terus dengan fasilitator yang dilantik melalui program ini yang terdiri dari kalangan Pustakawan USM untuk mendapat pelbagai maklumat berkaitan penulisan seperti garis panduan penulisan tesis dan jurnal. Pelajar dan staf telah dipersembahkan dengan 9 kemahiran utama; dari strategi penerbitan, sistem rujukan Mendeley, penerbitan akses terbuka, pengurusan data, carian literatur, profil penyelidik, google scholar, hingga penulisan tesis.

Partisipasi melebihi jangkaan, fasilitator telah menghiburkan 54 peserta yang bergilir-gilir untuk mendapatkan jawapan kepada soalan mereka dan menyelesaikan isu-isu di semua 9 stesen.


Bilik Seminar yang dipenuhi peserta yang terdiri dari kalangan pelajar dan pensyarah IPPT

Ucapan pembukaan oleh Pengarah IPPT YM Prof Tunku Kamarul Zaman adalah memberi inspirasi dan aura positif cukup tinggi sepanjang program.

Ucapan Aluan oleh Pengarah IPPT, YM Prof Tunku Kamarul Zaman

“ROTG adalah pendekatan perpustakaan USM dalam memberi perkhidmatan konsultasi pelbagai modul literasi maklumat dan sokongan akademik secara terus kepada pelajar ijazah pertama, ijazah tinggi, penyelidik serta pensyarah yang dilaksanakan di lokasi-lokasi strategik sekitar USM dan ia kesinambungan daripada program yang telah dimulakan di Perpustakaan Hamzah Sendut, Kampus Induk dan Perpustakaan Kampus Kejuruteraan”…
 
Semoga ia menjadi satu pendekatan strategik secara umumnya dalam memberi perkhidmatan sokongan akademik dan penyelidikan kepada warga USM.

Sebahagian Staf Perpustakaan IPPT, USM

Klik video penuh sekitar program




SDG 4 - Ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong learning opportunities for all
SDG 17 - Strengthen the means of implementation and revitalize the Global Partnership for Sustainable Development
Scroll to Top