SAINS@BERTAM, August 1 2022 - Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
BERITA BAIK!!
Julung-julung kalinya di Universiti Sains Malaysia (USM), mulai 1 Ogos 2022, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), USM telah mengorak langkah dengan transaksi tol menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) untuk semua kenderaan ringan dan rasmi di IPPT. Inisiatif ini adalah hasil kolaborasi pintar di antara Seksyen Kewangan dan Seksyen Kejuruteraan IPPT juga kecetusan idea Y.M Profesor Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin (FASc.), Pengarah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT). Daya cipta ini digunakan agar dapat meningkatkan kecekapan operasi pengendalian kenderaan di IPPT.
Transaksi tol RFID adalah langkah tepat untuk mengurangkan kesesakan di plaza tol. Dengan pelaksanaan ini, ia dapat menjadikan pemanduan yang lebih mudah, selamat dan pantas semasa menggunakan lebuhraya.
Jom RFID! Ia bertepatan dengan keperluan dan kehendak kita sebagai pengguna lebuhraya dan amat selari dengan perkembangan teknologi masa kini!