Collaboration

IPPT BERKOLABORASI BERSAMA UNAIR ANJURKAN KOLOKIUM PENYELIDIKAN DAN INOVASI PASCA SISWAZAH ANTARABANGSA IPPT-UNAIR KALI KE-8

Published : 12 September 2024

AMDI-UNAIR
AUDITORIUM SAINS@BERTAM, September 11 2024 -

KEPALA BATAS, PULAU PINANG, 12 September 2024 – Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) berkolaborasi bersama Universitas Airlangga (UNAIR) menganjurkan program kolokium pasca siswazah berperingkat antarabangsa pada 11 dan 12 September 2024 yang berlangsung di Auditorium Sains@Bertam. Kolokium yang dipengerusikan oleh Dr. Noor Ayuni Ahmad Shafiai, kali ini mengetengahkan tema “Innovate, Illuminate, Inspire: Showcasing Your Research Journey”.
Program ini bertujuan untuk menggalakkan pertukaran intelektual, menyediakan persekitaran untuk pelajar pasca siswazah membentangkan kerja penyelidikan dan memupuk pembangunan kemahiran penyelidikan dan hubungan profesional para pelajar.
Kolokium Penyelidikan & Inovasi Pasca Siswazah Antarabangsa IPPT-UNAIR ke-8 (AUPC 2024) berlangsung dengan jayanya secara maya dan fizikal iaitu dengan jumlah peserta seramai 119 peserta berdaftar dan seramai 103 peserta telah membuat pembentangan oral mengikut tema yang telah dipilih.

Photo By NORIZAN ISHAK
AMDI-UNAIR


Selain daripada sesi pembentangan yang berlangsung pada hari pertama program, kolokium ini turut diserikan dengan ucaptama oleh Profesor Madya Dr. Arifa Mustika, Pensyarah Farmakologi dari Fakulti Perubatan, UNAIR, dengan topik utamanya iaitu “Unveiling Tomorrow: Empowering Student Research for a Brighter Future”.
Kolokium diteruskan lagi dengan sesi plenari 1 yang disampaikan oleh Dr. Tan Aik Aun  dengan topik ucapannya “Charting Your Course: Navigating the Path to Post- Study Success”. Manakala pada hari kedua, program diteruskan lagi dengan sesi plenari 2 oleh Dr. Ainul Mohsien yang bertajuk “Building Bridges: The Impact of Student Research on Community Growth and Well-being”.

Photo By NORIZAN ISHAK
AMDI-UNAIR

Peserta program dua hari ini bukan sahaja terdiri daripada pelajar USM malah turut disertai oleh beberapa buah institusi luar. Terdapat lapan (? buah Pusat Pengajian dari USM yang turut serta dalam kolokium kali ini. Antaranya adalah pelajar dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Pusat Pengajian Sains Kimia, Pusat Pengajian Pengurusan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral serta Pusat Pengajian Sains Kajihayat.

Photo By NORIZAN ISHAK
AMDI-UNAIR


Manakala peserta dari institusi luar pula terdiri daripada Universitas Airlangga (UNAIR), Universiti Andalas, Padang, Indonesia, Universiti Benghazi, Libya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam, Perlis dan Negeri Sembilan.
Kolokium ini turut memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi, mendengar pandangan dan nasihat daripada pakar-pakar terutamanya dalam bidang penyelidikan.
Sesi forum menampilkan En. Zainul Abeden sebagai moderator beserta dua orang panel dari Universiti Sains Malaysia (USM) iaitu Profesor Madya Dr. Badrul Hisham Yahaya dan Profesor Madya Dr. Noorfatimah Yahaya dan seorang panel dari Cytogenomics Sdn Bhd iaitu Dr. Mohamed Saleem yang menyempurnakan sesi forum bertajuk “Navigating the postgraduate Journey- Expectations between Supervisor and Student”.
Majlis perasmian Kolokium Penyelidikan & Inovasi Pasca Siswazah Antarabangsa IPPT-UNAIR ke-8 disempurnakan oleh Profesor Madya Dr. Bakiah Shaharudin, Pengarah di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT).
Bakiah Shaharudin dalam ucapannya berkata, kolokium penyelidikan yang dijalankan ini adalah sebagai mercu tanda kerjasama antara IPPT dan UNAIR dalam usaha untuk memajukan ilmu pengetahuan sekaligus memberikan galakan kepada para pelajar untuk membentangkan penyelidikan mereka bersesuaian dengan tema kolokium tahun ini iaitu “Innovate, Illuminate, Inspire: Showcasing Your Research Journey”.

Photo By NORIZAN ISHAK
AMDI-UNAIR


Beliau berharap melalui kolokium ini secara tidak langsung dapat menjadi sumber inspirasi dan ikatan persahabatan antara kedua-dua institusi ini akan terus terjalin.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Dr. Ida Shazrina Ismail, Timbalan Pengarah (Akademik & Antarabangsa), IPPT mewakili Pengarah.
Seramai empat (4) peserta telah berjaya meraih anugerah sebagai  “Best Oral Presenter” mengikut tema yang telah disampaikan. Antara penerima anugerah tersebut adalah Tan Yadan (Tema Sains Pergigian dan Perubatan), Ria Sandy Deneska (Tema Kesihatan Komuniti), Nursyamimi Nasuha Suhaimi (Tema Toksikologi) dan Zainul Abeden (Tema Sains Bioperubatan).
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan daripada Pengarah dan seluruh warga Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) kepada semua penerima anugerah.

Teks oleh:  Nur Aqilah Tajul Ashikin
Teks disunting oleh:  Dr. Noor Ayuni Ahmad Shafiai & Dr. Asmida Isa
Foto oleh: Norizan Ishak
12 September 2024

Scroll to Top