Community

Hampir 150 Pengunjung Mydin Mall Jalan Baru, Bukit Mertajam Mendapatkan Pemeriksaan Kesihatan Percuma

Published : 28 May 2024

Program Santuni Komuniti : Pemberdayaan Penjagaan Kesihatan anjuran Unit Kejururawatan PPUSMB
MYDIN MALL, JALAN BARU, BUKIT MERTAJAM, May 19 2024 -
Unit Kejururawatan, Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat bertajuk Program Santuni Komuniti : Pemberdayaan Penjagaan Kesihatan yang diadakan pada 19 Mei 2024, Ahad bertempat di Mydin Mall, Jalan Baru, Bukit Mertajam. Hampir 150 pengunjung pasaraya ini telah mengambil peluang mendapatkan pemeriksaan kesihatan percumayang merupakan aktiviti utama program ini disamping mendapatkan khidmat nasihat berkaitan kesihatan gigi dan farmasi.


Photo By MOFIRHA
Pemeriksaan paras gula dalam darah kepada salah seorang pengunjung.

Aktiviti pemeriksaan kesihatan yang dijalankan sempena program ini adalah pemeriksaan Body Mass Index (BMI), paras gula di dalam darah dan tekanan darah tinggi. Selepas itu, pengunjung akan diberikan nasihat dan kaunseling berdasarkan keputusan pemeriksaan kesihatan yang diperolehi. Aktiviti ini dikendalikan oleh Jururawat Isma Aqilah Ngadiran, Jururawat Hamizah Ahmad, Jururawat Nuha Musa, PPK Azzyanti Azhari, Jururawat Erma Norhidayah Abd Hadi selaku Ketua Pasukan dan Pn Law Kim Sooi sebagai Penyelaras Program.


Photo By MOFIRHA
Berkongsi kesihatan pergigian dengan pengunjung.



Photo By MOFIRHA
Bermain kuiz pergigian bersama pengunjung cilik.

Perkhidmatan Pergigian PPUSMB turut menyediakan aktiviti berkaitan kesihatan gigi berbentuk kaunseling dan juga kuiz kepada pengunjung cilik yang bertandang ke booth pergigian. Aktiviti ini telah dikendalikan oleh Pembantu Pembedahan Pergigian Noorhidayu Abdull Jalil dan Sharaladevi Supramaniam serta dibantu oleh Jururawat Pergigian Najahatul Juhaida Ibrahim.


Photo By MOFIRHA
Pengunjung mendapatkan informasi berkaitan Kempen Kenali Ubat Anda melalui multimedia interaktif.

Photo By NAJAHATUL JUHAIDA IBRAHIM
Staf Unit Farmasi PPUMSB menyantuni pertanyaan pengunjung.

Unit Farmasi PPUSMB juga turut mengadakan pameran Jom Kenal Ubat dan kaunseling ubat-ubatan kepada pengunjung yang hadir. Selain itu, multimedia interaktif turut disediakan dengan pelbagai informasi terkini berkaitan ubat-ubatan iaitu keperluan ubat berdaftar, amalan 5B dan kaedah penyimpanan ubat dengan betul. Aktiviti ini telah dikendalikan oleh Mohamad Firdaus Harun, Penolong Pegawai Farmasi PPUSMB.

SDG 3 - Ensure healthy lives and promote well-being for all at all ages
SDG 17 - Strengthen the means of implementation and revitalize the Global Partnership for Sustainable Development
Scroll to Top