Achievement

Sekalung Tahniah – Perpustakaan IPPT Pemenang Tempat Ketiga Pertandingan SDG Perpustakaan Akademik

Published : 08 June 2022

Banner
IPPT, BERTAM, June 7 2022 -

Tahniah diucapkan kepada Perpustakaan IPPT, USM yang berjaya memenangi tempat ketiga dan menerima wang tunai berjumlah RM500 dalam Pertandingan SDG Perpustakaan Akademik 2022 anjuran Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Akademik (JKTA) di bawah Persatuan Pustakawan Malaysia yang melabuhkan tirainya pada 7 Jun 2022 yang lalu.

Dalam pertandingan ini, Perpustakaan IPPT telah menghantar penyertaan bagi projek inovasi yang bertajuk  AMDI Newsletter : utilisasi makalah multimedia interaktif bagi mendokong matlamat kelestarian.  AMDI Newsletter adalah projek yang telah dicadangkan dan dibangunkan pada tahun 2020 dan masih digunakan secara komprehensif sehingga kini. AMDI Newsletter telah menjadi sebuah platform elektronik bagi capaian maklumat mengenai IPPT dengan lebih kreatif dan inovatif. Platform ini memberikan pelbagai info yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan penyelidikan dan pendidikan.

Menurut Ketua Projek, Puan Hasniza Amno, universiti sebagai peneraju ilmu memainkan peranan menerapkan pendidikan berkenaan pembangunan lestari dalam kalangan warga universiti dan masyarakat. Manakala Perpustakaan berperanan sebagai ejen perubahan berkaitan pembangunan lestari. Perpustakaan IPPT telah menjadikan peluang yang ada pada ledakan ICT bagi memudahkan penyebaran maklumat. Menyedari bahawa abad ke-21 boleh melebarkan lagi “jurang ekonomi” menjadi “jurang pengetahuan”, maka Perpustakaan IPPT menggunakan platform ini bagi menyebarkan berita, maklumat umum dan maklumat kesihatan kepada pelajar, staf dan komuniti di sekitar kami dan para pesakit secara melalui makalah elektronik multimedia yang menarik, interaktif dan percuma. Untuk menjadikan masyarakat lebih bermaklumat, keupayaan untuk mengakses maklumat terkini harus dipertingkatkan terutama penggunaan ICT. Dengan teknologi seperti peralatan komunikasi mudah alih, maklumat terkini boleh diakses lebih mudah, berkesan dan pantas.

Pelaksanaan AMDI Newsletter berkait rapat dengan tiga domain SDG: SDG 3 - Kesihatan Kesejahteraan Hidup; SDG 4 - Pendidikan Berkualiti; SDG 17 – Usaha dan Mencapai Matlamat

Syabas diucapkan! Semoga pengiktirafan ini dapat menjadi inspirasi untuk pencapaian yang lebih baik di masa akan datang.

Klik Video Montage AMDI Newsletter:


Scroll to Top