Talasemia merupakan penyakit kecacatan pada sel darah merah. Kecacatan ini disebabkan oleh masalah pada gen yang bertanggungjawab untuk menghasilkan hemoglobin dalam badan. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh tubuh. Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan di mana anak mendapat gen Talasemia daripada ibu bapa. Ianya bukanlah penyakit berjangkit dan tidak boleh dipindahkan melalui darah, udara, air ataupun sentuhan fizikal dan seksual dengan pesakit thalasemia. Lelaki atau perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini. Salah satu rawatan yang diberikan kepada pesakit Talasemia adalah transfusi darah. Penyakit Talasemia ini adalah antara penyakit genetik yang paling kerap berlaku di Indonesia.
Team organizer dari Fakulti Kedokteran Universitas Airlangga (UNAIR) dan Rumah Sakit Umum Dr. Soetomo, Surabaya, Indonesia
Peluang yang diberikan melalui Program Mobiliti Kepakaran Perubatan Transfusi, IPPT ke Fakultas Kedokteran, Universitas Airlangga, Surabaya, Indonesia yang bermula 3 Disember sehingga 9 Disember 2023 yang lepas telah menghasilkan satu program komuniti peringkat antarabangsa bersama pesakit Talasemia di Surabaya, Indonesia. Ia merupakan suatu inisiatif "matching" grant diantara Pusat Mobiliti dan Koloborasi Antarabangsa (IMCC) USM bersamat IPPT. Program ini salah satu inisiatif memenuhi agenda kelestarian USM- SDG 17 ( Partnership for the goals). Melalui program ini ia dapat memperkasakan hubungan yang kukuh yang dimiliki IPPT, USM dengan rakan kongsi di peringkat antarabangsa melalui kerjasama dan perkongsian pengetahuan. Melalui program mobilisasi dan pertukaran pelajar ini akan dapat memperkenalkan kepakaran perubatan transfusi ke peringkat global khususnya di Indonesia.
Lawatan ke Unit Rawatan Harian - Transfusi darah bagi pesakit talasemia di Rumah Sakit Dr. Soetomo, Surabaya, Indonesia
Program Komuniti bersama Pesakit Talasemia diadakan di Hospital Umum Dr. Soetomo, Surabaya Indonesia yang melibatkan pelajar sarjana perubatan (Perubatan Transfusi) dari IPPT, USM Malaysia bersama-sama pelajar program doktor spesialis (klinikal pathologist) dari Fakulti Kedokteran Universitas Airlangga. Program ini turut melibatkan pesakit Talasemia, ahli keluarga dan juga penjaganya. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan sepanjang program ini antaranya ceramah berkaitan “Perawatan Penderita Talasemia sehari”, Program Talasemia di Malaysia, Program Talasemia di Indonesia dan juga “Testimoni orang tua penderita Talasemia”. Para pelajar dari Malaysia telah diberi kesempatan untuk melawat pusat rawatan harian transfusi darah bagi pesakit Talasemia di Hospital Umum Dr. Soetomo. Kesempatan lawatan ini memberi peluang kepada para pelajar mempelajari persamaan dan perbezaan prosedur yang di amalkan hospital di Indonesia berbanding hospital di Malaysia. Setelah itu, suatu aktiviti perbincangan dalam kumpulan (Focus Group Discussion) telah diadakan dalam kalangan peserta program yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sarjana perubatan (Perubatan Transfusi) dari IPPT, USM. Aktiviti kuiz turut di adakan sepanjang program berlangsung bagi meningkatkan kefahaman dan interaksi. Hadiah coklat dari Malaysia menyebabkan peserta sangat teruja untuk menjawab soalan. Secara keseluruhan, semua peserta amat berpuas hati kerana disamping dapat berinteraksi dengan pelajar-pelajar dari Malaysia, mereka juga telah mempelajari banyak perkara baru dari Malaysia. Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.
Focus Group Discussion diantara moderator bersama ahli keluarga penjaga pesakit talasemia