Achievement

IPPT & PPUSMB Raih Pencapaian Terbaik Tahun Ini Sepanjang Penyertaan Di Dalam Temasya Olahraga Tahunan Usm

Published : 10 June 2024

TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN USM
USM Pulau Pinang, June 10 2024 -
USM PULAU PINANG, 10 Jun 2024 - Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dan Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) telah berjaya menduduki tempat ke-4 keseluruhan dalam Temasya Olahraga Tahunan USM ke-47 2024 dalam Kategori Staf yang berlangsung di Stadium Olahraga USM.
Temasya Olahraga ini merupakan acara tahunan USM dan pada tahun ini ia diadakan pada 31 Mei 2024 hingga 2 Jun 2024. Kontinjen staf IPPT/PPUSMB telah disertai seramai 45 orang termasuk urus setia dan petugas paramedik.
Upacara Perasmian dan Lintas Hormat Kontinjen Temasya Olahraga Tahunan USM ke-47 diadakan pada 31 Mei 2024 dengan seramai 40 orang yang mewakili Kontinjen Staf IPPT/PPUSMB menyertai perbarisan dipimpin oleh En. Ahmad Rizwan Zulkharnain selaku Timbalan Ketua Kontinjen manakala En. Ahmad Nizar Abd Hamid telah diberikan penghormatan untuk memegang bendera.
Sokongan padu yang tidak berbelah bagi telah diberikan oleh Ybhg Prof. Dato’ Dr Ir Faisal Rafiq Mahamd Adikan, Pengarah IPPT dan PPUSMB yang turut serta menjadi sebahagian daripada kontinjen mewakili staf IPPT/PPUSMB sebagai Ketua Kontinjen dalam Temasya Olahraga Tahunan USM ke-47.
IPPT dan PPUSMB telah berjaya melakar sejarah dengan mengungguli tempat ke-4 secara keseluruhannya dan berjaya merangkul sebanyak 6 pingat Emas, 3 pingat Perak dan 9 pingat Gangsa.
Enam kategori yang berjaya menuai pingat Emas adalah dalam acara 1500M dan 800M Lelaki Veteran dimenangi oleh Dr. Farish Hafeez Shaharudin dan 1500M Lelaki Senior dirangkul oleh Dr. Citartan Marimuthu. Manakala, bagi acara Melontar Peluru Lelaki Veteran, pingat emas berjaya diraih oleh Dr. Muhammad Azrul Zabidi serta acara Melempar Cakera Lelaki Veteren dan Wanita Veteran, kedua-duanya berjaya dimenangi oleh Md Harizal Ab Bakar dan Harlini Kamaruddin. TOTUSM47 juga menyaksikan penyertaan kali pertama Dr. Farish Hafeez Shaharudin telah berjaya memecahkan dominasi juara bertahan A. Jegatheesvaran dari Staf Induk dalam acara 1500M Lelaki Veteren. Begitu juga dengan Harlini Kamaruddin berjaya menewaskan atlet SUKUM, Norbaizura Zulkifli dari Staf Kejuruteraan dalam acara Melempar Cakera Wanita Veteren.
Tiga pingat Perak yang berjaya diraih oleh staf IPPT/PPUSMB pula diperolehi dari Nik Noramyrah Azlyn Nik Wel dalam acara 100M Wanita Senior, Nur Hafizah Ishak dalam acara Melontar Peluru Wanita Veteran dan Azman Gafor dari acara Melempar Cakera Lelaki Veteran.
IPPT/PPUSMB berjaya membawa pulang 9 pingat Gangsa iaitu dalam acara Merejam Lembing Wanita Senior oleh Hanifati Haron, Merejam Lembing Wanita Veteran oleh Noorhazifah Mat, acara 100M Wanita Senior oleh Nur Atiqah Abdul Rahim, acara Merejam Lembing Lelaki Senior oleh Muhammad Hazim Hussin, acara Merejam Lembing Lelaki Veteran oleh Hasdi Md Akhir, Melontar Peluru Wanita Senior oleh Hanifati Haron, Melontar Peluru Wanita Veteran oleh Harlini Kamaruddin, Melontar Peluru Lelaki Veteran oleh Mohd Harizal Ab Bakar dan acara Melempar Cakera Lelaki Veteran oleh Dr. Muhammad Azrul Zabidi.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan daripada Pengarah dan seluruh warga Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) serta Pusat Perubatan USM Bertam kepada semua pemenang yang telah berjaya mengharumkan nama IPPT/PPUSMB dalam Temasya Olahraga Tahunan USM ke-47 2024 bagi kategori staf.
Teks disediakan oleh: Nur Aqilah Tajul Ashikin
Teks disunting oleh: Mohamad Firdaus Harun
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
10 Jun 2024
Scroll to Top