
Sekolah Menengah Kepala Batas, Pulau Pinang pada 11 Jun 2025
12 Julai 2025 Bahagian Perkhidmatan
Kejururawatan PPUSMB telah berjaya melaksanakan aktiviti di bawah inisiatif Program
KPT Prihatin Madani Community Program for Sustainable Impact
(COMPASSION) : Program Remaja Cerdas untuk Kelestarian Hari Esok di tiga buah
negeri bermula pada 11 Jun 2025 hingga 8 Julai 2025. Program yang merupakan
satu inisiatif yang bertujuan untuk membentuk pelajar sekolah menjadi individu
yang sihat, berilmu dan bertanggungjawab. Program ini dirangka untuk menyokong
aspirasi negara dalam membangunkan modal insan berkualiti tinggi sejajar dengan
arus pembangunan negara.
Melalui pendekatan pendidikan kesihatan dan pembinaan jati diri, pelajar didedahkan
kepada pelbagai isu semasa yang mempengaruhi kesejahteraan remaja. Program ini
juga memberi penekanan terhadap kepentingan kesihatan fizikal dan mental, serta
membimbing pelajar agar menjauhi amalan berisiko seperti merokok dan penggunaan
vape.
Pengisian program adalah sesi ceramah Remaja Bijak Jauhi Vape dan Rokok berserta dengan ekperimen simulasi kesan asap rokok dan vape kepada paru-paru juga ditunjukkan kepada pelajar. Sesi kedua ceramah diteruskan dengan tajuk ceramah Kesihatan Remaja memfokuskan kepada kepentingan jagaan kesihatan fizikal dan mental remaja. Pelajar didedahkan kepada isu-isu seperti tekanan akademik, pemakanan tidak seimbang, dan kesihatan mental.
Program separuh hari bersama pelajar ini diteruskan dengan pembahagian kumpulan dan permainan interaktif dalam kumpulan. Aktiviti santai tetapi masih menarik minat pelajar untuk bersaing menguji ketajaman fikiran dan kefahaman pelajar memahami soalan dan mencari jawapan berkisar dengan gejala rokok dan vape.
Program berjaya dilaksanakan di sekolah disekitar Pulau Pinang, Kedah dan utara Perak mendapat kerjasama daripada pengurusan sekolah, Kementerian Pendidikan Tinggi dan PPUSMB berjaya memberi impak kepada pelajar dengan peningkatan kesedaran tentang kesihatan remaja dan bahaya gejala rokok dan vape. Program positif ini dapat diteruskan agar dapat melahirkan generasi remaja yang sihat, berdaya tahan dan bertanggungjawab terhadap diri dan masyarakat.
Klik untuk video Program video
1.Sekolah Menengah Kepala Batas, Pulau Pinang pada 11 Jun 2025
Photo By NORHALIZA BINTI ABD HAMID
Sekolah Menengah Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang pada 18 Jun 2025
2.Sekolah Menengah Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang pada 18 Jun 2025
Photo By NORHALIZA BINTI ABD HAMID
Sekolah Kebangsaan Kg Sera, Baling Kedah pada 24 Jun 2025
3.Sekolah Kebangsaan Kg Sera, Baling Kedah pada 24 Jun 2025
Photo By NORHALIZA BINTI ABD HAMID
Sekolah Menengah Kuala Kurau, Kuala Kurau, Perak pada 2 Julai 2025
4.Sekolah Menengah Kuala Kurau, Kuala Kurau, Perak pada 2 Julai 2025
Photo By NORHALIZA BINTI ABD HAMID
Sekolah Menengan Agama Darussadah, Alor Setar Kedah pada 8 Julai 2025
5.Sekolah Menengan Agama Darussadah, Alor Setar Kedah pada 8 Julai 2025
Laporan disediakan oleh: Norhaliza Abd Hamid
Laporan disunting oleh: Puan Law Kim Sooi