IPPT, BERTAM, September 25 2021 -
FIMA Lifesavers Day adalah sebuah projek yang bermula di negara London, dianjurkan oleh British Islamic Medical Association (BIMA) bermula dari tahun 2014.
Seterusnya diteruskan secara global dgn dinaungi oleh FIMA dan dilaksanakan secara pada tarikh yg sama oleh persatuan2 perubatan islam dari seluruh dunia yg bernaung di bawah FIMA yang diketuai oleh Dr Muhamad Yusri Musa selaku Presiden FIMA dan juga Pensyarah Perubatan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju Universiti Sains Malaysia kampus Bertam.
Pasukan IPPT
Tahun 2021 program ini telah dilaksanakan secara serentak pada 25 September dan 26 September di Malaysia, Australia, Pakistan, Indonesia, UK, Uganda dan beberapa lagi negara lain secara serentak. Tahun ini merupakan tahun kelapan program ini dianjurkan dan dilaksanakan pada setiap hari Sabtu, minggu terakhir bulan September, setiap tahun.
Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk:
i. Menyatukan komuniti ahli perubatan dalam melaksanakan tugas utama iaitu berkhidmat untuk masyarakat;
ii. Melihat peningkatan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai kes serangan jantung luar daripada pemantauan hospital; dan
iii. Menghadirkan rasa tanggungjawab, kebersamaan dan kemahiran yang diperlukan sekiranya menghadapi situasi kecemasan seperti serangan jantung dan tercekik.
“Pada tahun 2021 objektif utama adalah untuk memberikan kesedaran tentang kepentingan kita melakukan basic live support apabila berhadapan dengan situasi yang memerlukan. Dan yang kedua tentulah untuk memberi pengetahuan dan sedikit kefahaman tentang bagaimana hendak melakukan BLS supaya sekiranya berlaku kecemasan yang memerlukan masyarakat dan khalayak ramai untuk cuba melakukan BLS” kata Dr Muhamad Yusri Musa.
Maklumat orang ramai mengenai serangan jantung di hospital masih terhad menyebabkan kesedaran yang buruk dan kadar implementasi resusitasi kardiopulmonari (CPR) dalam kalangan masyarakat umum yang rendah. Permulaan teknik CPR dalam 10 minit pertama dapat meningkatkan kadar kelangsungan/kemandirian pesakit serangan jantung.
Tahun 2019 merupakan tahun pertama Malaysia menyertai program antarabangsa ini dianjurkan oleh Persatuan Perubatan Islam Malaysia atau lebih dikenali sebagai Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM) bersama dengan rakan-rakan kolaborasi.
“IMAM dipayung dibawah naungan pertubuhan bersekutuan perubatan Islam sedunia atau dipanggil FIMA. Untuk Malaysia IMAM adalah bernaung dibawah FIMA”
Ianya telah dilaksanakan di Masjid Negara dan Masjid Jamek Kampung Baru dan pihak persatuan telah mendapat sokongan luar biasa daripada masyarakat setempat di mana sebanyak 500 orang peserta bersama 200 sukarelawan perubatan telah terlibat (
http://www.imamalaysia.org/what-we-do/fima-lifesavers/).
Tahun berikutnya, program ini diadakan secara fizikal dan atas talian di mana seramai 78 orang peserta dan ahli perubatan yang terlibat secara fizikal di Surau Al-Hijrah Kota Warisan, Sepang manakala terdapat 102 peserta yang mengikuti program secara atas talian berikutan daripada penularan wabak COVID-19.
“Pada tahun ini kita berhadapan depan Covid-19,malah pada tahun lepas kita juga sudah dalam keadaan pandemik semasa fasa dimana telah dibuat di masjid tapi dengan skala jauh lebih kecil. Dan tahun ini pertama kali kita lakukan secara maya, secara vitual dan online yang melibatkan 1000 peserta dan dipecahkan kepada enam buah Univerisiti dan kita USM adalah salah satu daripada institusi yang terlibat yang mengendalikan latihan PLS ini”
Tahun ini merupakan tahun ketiga pihak persatuan menganjurkan program ini bersama rakan-rakan kolaborasi tempatan yang lain iaitu:
• Universiti Putra Malaysia (UPM)
• Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
• Universiti Teknologi MARA (UiTM)
• Universiti Malaya (UM)
• International Islamic University Malaysia (IIUM)
• Universiti Sains Malaysia (USM)
• Malaysia Resuscitation Association (MyRES)
• PutraMed CAST
• Kelab Kepimpinan Putra (Keputra), Universiti Putra Malaysia
Terdapat kelainan dari segi pelaksanaan program tahun ini bagi mematuhi sekatan dan tatacara pelaksanaan program yang telah ditetapkan oleh kerajaan akibat daripada penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda negara.
FIMA Lifesavers 2021 akan dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian menggunakan ciri Breakout Room di aplikasi Facebook Live dan YouTube Live.
Simulasi Secara Atas Talian
Dengan penggunaan ciri ini, latihan bantuan kecemasan asas akan dilaksanakan secara interaktif dan lebih efektif bersama para peserta yang menyertai program ini.
Lebih daripada 30 pelatih profesional (trainer/instructor) dari pusat/institusi perubatan akan membantu menjayakan program ini.
“Harap saya In Sha Allah kita berharap semua kita dapat sebar luaskan pemahaman dan ilmu dan sedikit sebanyak asas praktikal bagaimana hendak melakukan basic life support atau bantu kecemasan kerana kita tidak tahu sekiranya berlaku sesuatu kemalangan dan kecemasan yang mungkin pertolongan itu boleh menyelamatkan nyawa. Kita daripada pihak USM juga akan meneruskan inisiatif ini dalam latihan untuk kakitangan USM dan pelajar-pelajar USM dan dilakukan secara maya dengan pengalaman yang kita dapat pada hari ini.”