Announcement

Pelancaran AMDI Magazine Edisi 1, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju USM

Published : 22 January 2021

Kulit Majalah 2020, Edisi 1
BERTAM, IPPT, January 22 2021 -

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), USM telah melancarkan AMDI Magazine (e-issn : 2735-041X) Edisi 1 berbentuk digital untuk paparan umum. AMDI Magazine diterbitkan dengan kekerapan 2 kali setahun (Biannual) iaitu bagi keluaran bulan Julai dan Disember setiap tahun.


Naskhah sebanyak 49 mukasurat edisi ini menjadi RUJUKAN PENTING kepada pembaca untuk mengetahui tentang perkembangan dan aktiviti IPPT sepanjang tahun. Terdapat 6 Bab utama mengenai IPPT merangkumi aspek Kejayaan, Komuniti, Kolaborasi, Sumbangan Kepakaran, Ruangan Kepakaran dan Penerbitan yang telah dikongsikan oleh staf IPPT. 


Staf IPPT boleh menghantar berita atau artikel penerbitan mereka melalui sistem dalaman yang telah dibangunkan oleh Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT), IPPT yang dinamakan sebagai “Online News Submission System” atau ONSS yang boleh diakses secara atas talian di  https://onss.amdi.usm.my/.





Sistem "Online News Submission System (ONSS)" 



Untuk membaca AMDI Magazine ini bolehlah melayari  https://news.amdi.usm.my/magazine.php dan klik pada isu 2020, Issue 1.  IPPT telah menyediakan paparan AMDI Magazine melalui platform "flipping magazine" seiring dengan perkembangan teknologi semasa.


Inisiatif penerbitan ini adalah hasil kolaborasi di antara Perpustakaan IPPT, Unit Perhubungan Awam dan PPKT IPPT. Semoga usaha ini dapat membawa IPPT sebagai Pusat Penyelidikan ke peringkat yang lebih tinggi  disamping dapat meningkatkan kualiti ke arah kecemerlangan USM.




Scroll to Top