Achievement

Pelancaran Manual Kerja Farmasi Onkologi PPUSMB Edisi Pertama 2023

Published : 27 September 2023

Staf Unit Farmasi PPUSMB bergambar kenangan selepas Pelancaran Manual Kerja Farmasi Onkologi Edisi Pertama 2023.
PUSAT PERUBATAN USM BERTAM, September 22 2023 -
Buat julung-julung kalinya, Unit Farmasi PPUSMB telah melancarkan sebuah naskah khas Manual Kerja Farmasi Onkologi Edisi Pertama di dalam Perhimpunan Bulanan PPUSMB hari ini. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr Noor Khairiah binti A. Karim, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Klinikal, Kelestarian dan Piawaian, PPUSMB.


En Md Hisham Abd Razak dan Dr Khairiah membuka tirai plak pelancaran. FOTO : NORIZAN ISHAK.


Inisiatif projek manual kerja ini mula dicetuskan pada awal tahun 2021 bagi tujuan mempiawaikan proses kerja di Unit Farmasi Onkologi selaras dengan keperluan dan disiplin di dalam perkhidmatan penyediaan ubat-ubatan kemoterapi secara steril. Manual kerja ini juga akan menjadi rujukan penting dalam perkhidmatan farmaseutikal steril di PPUSMB khususnya dalam menyelaraskan skop kerja dan operasi staf serta pengajaran dan pembelajaran kepada staf dan pelatih farmasi di sini.


Dr Khairiah menyempurnakan pelancaran Manual Kerja Farmasi Onkologi dengan menandatangani plak pelancaran.
FOTO : NORIZAN ISHAK

Manual kerja ini mengandungi tujuh belas tatacara operasi piawai (SOP) di Unit Farmasi Onkologi yang telah diperincikan dengan jelas mengikut format yang telah disediakan oleh Universiti Sains Malaysia. Sidang redaksi naskah ini adalah terdiri daripada staf Unit Farmasi Onkologi dan Unit Farmasi Nuklear tahun 2023 iaitu En. Mohd Ikhwan bin Hashim, Pegawai Farmasi, dan empat orang Penolong Pegawai Farmasi iaitu En. Mohamad Firdaus bin Harun, En. Ahmad Syahir Ezzudin bin Ramli, Pn. Nurul Naimah binti Zunyazan dan En. Muhammad Izzat Zuhairi bin Mohd Yusof.



Penyampaian senaskah Manual Kerja Farmasi Onkologi Edisi Pertama dari Unit Farmasi PPUSMB kepada Dr Khairiah.
FOTO : NORIZAN ISHAK.
Scroll to Top