Kulit Buku
IPPT, USM BERTAM, January 15 2021 -

Ketum : Perubatan Moden dan Perubatan Islam

ISBN : 978-967-461-539-0

Terbitan : 2021

Diterbitkan oleh :  Penerbit USM, USM

Penulis : Mohammad Farris Iman Leong Abdullah, Mohd Afifuddin Mohamad, Tan Mei Lan, Nor Aini Saidin, Noor Naemah Abdul Rahman

Harga : RM35

Ketum : Perubatan Moden dan Perubatan Islam adalah garapan lima pensyarah yang berpengalaman dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), USM dalam bidang penyelidikan dan telah berjaya menghasilkan penerbitan dalam pelbagai medium serta berkongsi pengalaman mereka kepada umum.

Naskhah ini merangkumi tujuh bab yang mengupas secara terperinci mengenai ketum dan segala permasalahan dan kewajaran pengobatan menggunakan ketum dari pandangan secara saintifik dan perspektif perubatan Islam. Naskhah ini juga memuatkan rajah dan gambar berkaitan bagi meningkatkan kefahaman dan menjadi rujukan penting pembaca.

Tonton video untuk maklumat lanjut:




Scroll to Top