TZU CHI LUMBA KUDA ENVIRONMENTAL PROTECTION EDUCATION CENTRE (EPEC) , March 8 2024 -
Pada hari 8 Mac 2024, sebanyak 18 pegawai kelestarian dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dan Pusat Perubatan Univesiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB), terdiri daripada staf dan pensyarah, telah melawat ke Tzu Chi Lumba Kuda Environmental Protection Education Centre (EPEC) dan Padang Tembak Community Centre (PTCC) di Air Itam, Pulau Pinang. Program lawatan ke EPEC dan PTCC bertujuan untuk mendidik dan memupuk para peserta supaya mempunyai kesedaran tinggi tentang perlindungan alam sekitar ke arah pembangunan, berdasarkan Konsep 5R, iaitu Rethink, Reduce, Reuse, Repurpose, dan Recycle.
Peserta Lawatan
Lawatan bermula pada pukul 8 pagi di PPUSMB, dan peserta berkumpul sebelum bergerak ke Tzu Chi Lumba Kuda EPEC, tiba di destinasi pada pukul 9.30 pagi. Peserta dibahagikan kepada empat Kumpulan, setiap kumpulan diiringi oleh sukarelawan Tzu Chi. Di EPEC, sukarelawan Tzu Chi memperkenalkan dan menerangkan fungsi-fungsi utama pusat tersebut. Peserta mempelajari cara yang betul untuk mengasingkan sisa kitar semular dan menerapkan konsep 5R dalam kehidupan harian. Selain itu, peserta juga didorong untuk mempromosikan gaya hidup lestari di kalangan staff di IPPT dan PPUSMB.
Gambar diambil oleh: Noor Akidah Binti Ubaidillah
Selepas lawatan di EPEC, peserta turut melawat Padang Tembak Community Center (PTCC). PTCC, yang ditubuh pada tahun 2022, telah memberi banyak manfaat kepada golongan kanak-kanak, pelajar sekolah dan warga emas. Pusat ini ditubuhkan secara bersama oleh kerajaan Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), dan Persatuan Merit Buddha Tzu Chi Pulau Pinang. Semasa melawat di PTCC, sukarekawan Tzu Chi memperkenalkan pelbagai aktiviti yang dijalankan di sana, termasuk kelas tuisyen peribadi kepada golongan B40, klinik digital, yoga dan sesi mengimbangi, latihan badminton, kelas DIY, dan lain-lain. Para peserta dapat membangunkan idea yang baik tentang perkhidmatan masyarakat, kesukarelawanan, pelbagai tindakan dalam amal, dan Pendidikan dalam lawatan ini.
Gambar diambil oleh: Tzu Chi Pulau Pinang/Noor Akidah Binti Ubaidillah
Lawatan ini berakhir pada pukul 12.30 tengah hari, staf yang terlibat dapat meningkatkan ilmu serta menerapkannya dalam pekerjaan harian. Ini sekaligus dapat meningkatkan produktiviti dan pengetahuan staf, terutamanya dalam pembangunan kelestarian. Dengan adanya program seperti ini, diharapkan dapat memberikan inspirasi dan Idea baru berkaitan dengan pembangunan kelestarian dikalangan warga IPPT dan PPUSMB. Selain itu, juga diharapkan dapat mengukuhkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan staf, serta meningkatkan kualiti dan produktiviti dalam membangun kesedaran tinggi tentang perlindungan alam sekitar dan perkhidmatan Masyarakat.
Ditulis oleh: Ying Chee Keat
1, Norhaliza Abd Hamid
2 dan Siti Fatimah Shari
31Jabatan Pengimejan Bioperubatan, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT)
2Unit Pembekalan Alatan Steril, Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB)
3Unit Kawalan Jangkitan, Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB)
SDG 11 - Make cities and human settlements inclusive, safe, resilient and sustainable
SDG 12 - Ensure sustainable consumption and production patterns
SDG 17 - Strengthen the means of implementation and revitalize the Global Partnership for Sustainable Development