Community

PROGRAM MOBILE COMMUNITY SERVICES: WE CAN SAVE LIFE DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI ULU LEGONG BALING KEDAH

Published : 13 August 2024

Sebahagian dari penduduk orang asli Ulu Legong yang hadir
PERKAMPUNGAN ORANG ASLI ULU LEGONG BALING KEDAH, August 10 2024 -


Mengetahui dan memahami kaedah tepat untuk melakukan ‘cardiopulmonary resuscitation’ atau lebih dikenali sebagai CPR antara yang perlu diberi perhatian. Namun masih ramai yang menganggap kemahiran itu hanya perlu dikuasai pengamal perubatan. Secara realitinya, CPR paling diperlukan ketika berlaku keadaan atau kejadian di mana jantung terhenti atau ‘cardiac arrest.’  Dimana tiada pengamal perubatan di tempat kejadian. Keadaan ini berlaku apabila apabila jantung mula berhenti mengepam darah yang membawa oksigen ke seluruh badan secara tidak langsung boleh membawa kepada kerosakan kekal pada otak.Kerosakan kekal pada otak boleh bermula seawal selepas empat minit tanpa oksigen malah kematian juga boleh berlaku antara empat hingga enam minit kemudian.

Photo By Pn Nurul Ashikin Nafees
Sesi pengenalan BLS pada peduduk orang asli



Sehubungan dengan itu, Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Ulu Legong, Baling hadir di Perkampungan Orang Asli Ulu Legong bagi mengadakan Program Community Services: We Can Save life. Program ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan tentang teknik melakukan 'cardiopulmonary resuscitation' (CPR) dalam menyelamatkan nyawa seseorang. Program ini diwakili oleh 10 orang sukarelawan staf perubatan dari PPUSMB yang menjadi fasilitator program.

Seramai 150 orang penduduk orang asli yang hadir dan menyertai program tersebut. Program tersebut berlangsung di Dewan Kampung Orang Asli Ulu Legong, Baling. Aktiviti yang di jalankan adalah Pengenalan Basic Life Support, Sesi demostrasi CPR-Adult BLS, Paediatric BLS, Heimlich Manueuvre dan aktiviti fizikal untuk kanak-kanak. Bagi memeriahkan program aktiviti permainan untuk kanak-kanak turut diadakan. Aktiviti yang dilakukan adalah seperti tiup belon, kerusi berirama dan lari berpasangan.

Photo By Pn Nurul Ashikin Nafees
Demonstrasi BLS -pediatrik



Dengan adanya program seperti ini, teknik pembelajaran cara melakukan CPR yang betul dapat dipelajari dan sangat bermakna buat penduduk orang asli sekiranya berdepan keadaan jantung terhenti.Jarak hospital dari perkampungan  agak jauh dan dalam masa yang sama dapat memberi dua hingga tiga kali peningkatan dalam peluang hidup berbanding mangsa yang tidak dibantu dengan CPR sebelum petugas perkhidmatan perubatan kecemasan tiba.

Photo By Pn Nurul Ashikin Nafees
Demonstrasi Heimlinch Manueuvre


Secara keseluruhan, program ini telah berjalan dengan baik dengan objektif tercapai. Pihak PPUSMB merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih  kepada En Razali bin Kulim selaku Tok Batin dan Penduduk perkampungan orang asli Ulu Legong bagi menjayakan program ini.

Photo By Pn Nurul Ashikin Nafees
Aktiviti bersama anak-anak orang asli


Photo By Pn Nurul Ashikin Nafees
Staf perubatan PPUSMB yang terlibat di Perkampungan orang asli Ulu Legong Baling Kedah


SDG 3 - Ensure healthy lives and promote well-being for all at all ages
SDG 4 - Ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong learning opportunities for all
SDG 17 - Strengthen the means of implementation and revitalize the Global Partnership for Sustainable Development
Scroll to Top