Edaran Daging Korban
IPPT, BERTAM, July 22 2021 -
Perlaksanaan ibadah qurban di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Ibadah Qurban IPPT bagi tahun 2021 berjalan dengan lancar dalam suasana yang sederhana dan harmoni walaupun di dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Penganjuran ibadah qurban tahun ini disertai oleh warga IPPT, USM Induk dan komuniti setempat.


Staf IPPT Melapah Daging Korban

Sebanyak enam ekor lembu dikorbankan dan daging- daging korban ini diagihkan kepada pelajar IPPT, staf cucian dan warga IPPT yang lain. Pada tahun ini, perlaksanaan ibadah korban agak ketat disebabkan peningkatan kes covid 19 yang meningkat sehingga terpaksa mengurangkan petugas iaitu seramai 25 orang petugas sahaja berbanding 60 orang pada tahun 2020 dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Majlis Bandaran Seberang Perai dan Jabatan Vetarinar. Alhamdulillah pemeriksaan yang dijalankan oleh Pejabat Agama Seberang Perai Utara menunjukkan tahap pematuhan SOP yang baik dikalangan petugas. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun sebaliknya.


Edaran Daging Korban Kepada Warga IPPT
Scroll to Top