Announcement

Program Minggu Kesedaran Penyakit Imunodefisiensi Primer Sedunia, Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) 2024

Published : 19 April 2024

Poster Program
PUSAT PERUBATAN USM BERTAM, IPPT, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, April 26 2024 -

Pengenalan


Pusat Perubatan USM Bertam terus berkomitmen dalam membantu masyarakat dengan menawarkan Perkhidmatan Rawatan dan Diagnostik Penyakit Imunodefisensi Primer (PID). Penyakit ini merupakan sejenis Penyakit Kurang Daya Imun sejak lahir disebabkan beberapa faktor antaranya genetik hingga menyebabkan penghidapnya mudah jatuh sakit sekiranya terdedah kepada sebarang kuman dan virus. Difahamkan, seorang pesakit akan berhadapan dengan penyakit ini bagi setiap 58,000 kelahiran. Di Malaysia tidak banyak hospital yang menawarkan perkhidmatan PID dan PPUSMB menjadi tempat pakar rujukan serta mempunyai fasiliti dalam membantu masyarakat. Menyedari masih ramai yang tidak mengetahui mengenai penyakit ini boleh memberi ancaman maut jika tidak diubati maka Program minggu Kesedaran Penyakit PID Sedunia dianjurkan, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap penyakit PID. Bersama kita meningkatkan kesedaran berkaitan penyakit ini.


Rujuk kepada poster untuk mengetahui program-program yang bakal diadakan


SDG 3 - Ensure healthy lives and promote well-being for all at all ages
Scroll to Top