Delegasi Exco Persatuan Pegawai Sains UPM (PScUPM) dan Exco Persatuan Penolong Pegawai Sains UPM dan
MAKMAL PENYELIDIKAN BERPUSAT (CRL), IPPT , September 29 2022 -
Makmal Penyelidikan Berpusat (CRL), IPPT telah menerima kunjungan seramai 16 orang  delegasi  exco Persatuan Pegawai Sains UPM (PScUPM) dan exco Persatuan Penolong Pegawai Sains UPM pada 29 September 2022. Delegasi tersebut diketuai oleh Presiden Encik Mohd Nizam Mahat. Ketibaan mereka pada pukul 3:15 petang di CRL, IPPT telah disambut oleh YBrs. Prof. Madya Dr Hasni Arsad, Timbalan Pengarah Bahagian Penyelidikan & Jaringan, YBrs. Tuan Haji Mohd Basir Selvam Abdullah, Ketua Seksyen Makmal Penyelidikan Berpusat (CRL) serta rakan-rakan pegawai sains IPPT yang lain.

Lawatan yang telah mendapat kelulusan YBhg Timbalan Naib Canselor Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed ini adalah merupakan susulan Sesi Perbincangan Penandaarasan Pembangunan & Pemajuan Skim C di antara Persatuan Pegawai Sains Universiti Putra Malaysia (PScUPM) dan Persatuan Pegawai Sains Universiti Sains Malaysia (PPSUSM) yang telah diadakan pada 7 Oktober 2021 yang lalu. 

Aktiviti lawatan ini dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan bertukar-tukar info mengenai pengurusan makmal, cabaran semasa yang dihadapi serta perkembangan kerjaya skim C di Universiti Awam. Sebelum itu, sesi pembentangan dan soal jawab telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Blok C, Sains@USM, Bukit Jambul dan disusuli dengan lawatan ke ABrC dan INOR di Sains@USM untuk melihat fasiliti termaju di sana.

Lawatan kali ini mendapat kerjasama yang baik dari Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, Dr. Normaliza Abdul Manaf sebagai Ketua Penyelaras Latihan Pegawai Sains USM, ABrC, INOR, CRL IPPT serta penglibatan exco PPSUSM. 

Adalah diharapkan semoga kerjasama di antara Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, Persatuan Pegawai Sains USM (PPSUSM) dan Persatuan Pegawai Sains UPM (PScUPM) terus utuh dan berterusan agar dapat bersama-sama membangun dan menggalakkan perkembangan profesion skim C di Malaysia.

Penyampaian Cenderahati oleh YBrs. Prof. Madya Dr Hasni Arsad kepada Presiden Encik Mohd Nizam Mahat
Scroll to Top